Inilah sepak terajang dunia seni, jangan putus asa - Siti Nurhaliza

Nasihat Siti Nurhaliza kepada Sissy Imann: Inilah sepak terajang dunia seni, jangan putus asa

siti nurhaliza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menasihatkan Sissy Imann untuk tidak berputus asa biarpun menerima kritikan pedas daripada juri, Mas Idayu, dalam program Famili Duo.

Siti berkata, Sissy seharusnya, lebih bersikap terbuka dan kental dengan sepak terajan industri seni tanah air

“Sissy jangan putus asa kerana dalam industri seni ini, itulah sepak terajang yang kita hadapi. Apalagi bila terbabit dalam satu pertandingan yang membenarkan diri kita dikritik dan ditegur walaupun kritikan itu pedih di hati.

“Kita sepatutnya sedia maklum yang juri ada penjurian dan cara masing-masing dalam menegur.

“Saya percaya waktu itu dia macam terkejut dan tak sangka. Insya-Allah, rasa jauh hati dan sakit hati itu akan berlalu dengan sendiri,”katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Malam Bulan Bintang di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.

Menurut Siti lagi, dia juga telah menasihatkan adik-beradiknya, Siti Saerah dan Siti Saida yang turut bertanding dalam program itu untuk sentiasa bersedia dengan kritikan juri.

“Saya pun awal-awal lagi sudah mengingatkan adik dan kakak saya supaya bersedia dan bertabah terutama dengan komen daripada juri.

“Juri akan menegur, netizen juga akan bercakap. Jadi relaks sahaja. Janji kita perbaiki kelemahan dalam persembahan kita. Itu yang saya pesan pada mereka,”katanya.

Sementara itu, konsert Malam Bulan Bintang yang bakal berlangsung pada 4 Mac 2023 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, turut menampilkan beberapa artis bernama besar.

Antaranya, Datuk M Nasir, Sabyan dan Faizal Tahir.

Terdahulu, kritikan Mas Idayu pada minggu keenam program Famili Duo telah menjadi bualan apabila Sissy Imann menangis dan tidak muncul di pentas selepas menerima kritikan pedas juri tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya