Bercinta dengan Hawa? Zizan tak tersinggung spekulasi peminat - Utusan Malaysia

Bercinta dengan Hawa? Zizan tak tersinggung spekulasi peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 39, mengakui tidak tersinggung dengan spekulasi rambang peminat tentang hubungannya dengan pengacara, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 28.

Menyifatkan ramai telah tersalah anggap, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak menafikan sedang bercinta dengan pengacara program Meletop tersebut yang juga merupakan pelakon gandingannya dalam sebuah telemovie arahan Michael Ang.

“Tak sangka pula ramai yang telah tersalah faham bila saya muat naik sekeping gambar bersama Hawa di Instagram. Tidak, saya tidak tersinggung, cuma kena jelaskan di sini sebab tak mahu lebih ramai lagi orang salah faham.

“Saya juga tiada niat nak buat sebarang gimik murahan. Saya muat naik gambar bersama Hawa itu dengan harapan peminat dan pengikut ‘sporting’, tetapi lain pula jadinya sampai ramai ingat saya bercinta dengan Hawa.

“Malah, ramai juga yang ingat saya sudah hendak berkahwin. Siap komen, muka kami nampak sairaslah dan mendoakan yang baik-baik buat kami,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Zizan, tujuan asalnya memuat naik gambar bersama Hawa itu adalah bagi memaklumkan bahawa telemovie itu merupakan projek lakonan pertamanya bersama Hawa yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

“Selama ini, peminat mungkin cuma tahu dia sebagai pengacara. Saya muat naik gambar itu dengan harapan orang akan tanya mengenai projek lakonan kami. Tetapi sebaliknya pula terjadi.

“Bukan tak suka orang doakan yang baik-baik. Tetapi apa yang didakwa itu cuma sebuah spekulasi. Saya tak marah pun, sebab sudah terbiasa dengan keadaan itu.

“Tetapi, harapnya selepas ini tiada lagi orang yang salah faham ya,”katanya.

Dalam pada itu, Zizan memuji usaha Hawa untuk meneroka bidang lakonan namun tidak menolak bekas penyampai berita Buletin Utama itu perlu meraih lebih pengalaman lagi.

“Saya pun tak kata diri sudah bagus, tetapi diharapkan selepas ini orang boleh beri peluang untuk dia tunjukkan kebolehannya dalam bidang lakonan. Bagi saya, dia ada bakat dan boleh digilap lagi.

“Kalau di set penggambaran pun, saya tengok dia rajin bertanya dan nak belajar dengan pelakon lain termasuk pengarah.

“Sekurang-kurangnya, dia tak macam segelintir artis lain yang datang set buat bodoh sombong. Buat macam bagus tapi tak bagus. Kira okeylah, Hawa ini mahu belajar,”katanya.

Terdahulu, gara-gara memuat naik sekeping gambar bersama Hawa di Instagram, pelakon filem Abang Long Fadil ini dihujani dengan ucapan tahniah serta doa baik daripada peminat yang mahu melihat Zizan segera mendirikan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya