Zamani semakin pulih, perlu masa untuk kembali aktif - Utusan Malaysia

Zamani semakin pulih, perlu masa untuk kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Genap sebulan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang, penyanyi, Zamani Ibrahim, bersyukur keadaan kesihatannya semakin baik dan beransur pulih.

Menurut Zamani ketika dihubungi Utusan Malaysia, dia sedar banyak pihak ingin tahu dan cuba mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatannya, pada masa sama perlu memberi keutamaan untuk berehat secukupnya.

“Sejak saya menguar-uarkan mengenai hasrat menjalani pembedahan sehingga semuanya selesai, saya lihat ramai yang begitu mengambil berat. Tidak cuma peminat, tetapi juga pelbagai pihak, termasuk teman media.

“Tidak sangka ramai yang prihatin dan ia membuatkan saya sangat terharu. Jika ada yang saya tidak sempat respons atau terlepas pandang, saya minta maaf.

“Namun, saya dan isteri akan cuba puaskan hati semua dengan memberikan kerjasama dari semasa ke semasa. Saya bersyukur kerana isteri juga banyak membantu,”katanya.

Berkongsi perkembangannya, kata vokalis kumpulan Slam ini, dia tidak boleh terlalu aktif menerima tawaran nyanyian buat masa ini kerana masih perlu mengikuti rawatan secara berkala di hospital.

“Sejak ramai tahu saya semakin pulih, banyak yang datang menawarkan peluang kerja. Tetapi, saya masih perlu pertimbangkan tawaran itu. Saya kena utamakan kesihatan dulu dan pastikan diri betul-betul kuat sebelum kembali aktif.

“Saya masih perlu banyak berehat, selain kena ikuti rawatan susulan di hospital, termasuk menghadiri sesi fisioterapi dua kali seminggu Saya mahu diri dalam keadaan terbaik dan lebih bertenaga untuk acara dan persembahan akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, kata penyanyi ini lagi, dia berharap peminat dan semua pihak dapat terus mendoakan kekuatannya untuk bangkit kembali bekerja dan menghiburkan semua orang.

Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 7 November lalu di sebuah pusat perubatan di Cheras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya