SRK kembali kuasai layar perak - Utusan Malaysia

SRK kembali kuasai layar perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS lima tahun tanpa filem terbaharu, kedatangan 2023 bakal menyaksikan Shah Rukh Khan (SRK) kembali menguasai layar perak menerusi tiga filem iaitu Pathaan, Jawan dan Dunki.

Sedikit masa lalu, pelakon berusia 57 tahun itu berkata, dia yakin setiap filem itu akan mendapat sambutan apabila ditayangkan kelak.

Susulan kenyataan itu, ramai mengandaikan SRK berlagak, namun baginya, persoalan itu tidak pernah terlintas kerana dia yakin dengan setiap filem tersebut.

“Orang ingat saya angkuh apabila memberikan jawapan seperti itu, sebaliknya saya cuma bersikap jujur.
“Rasanya, saya tidak perlu takut kerana semua filem tersebut akan mencatat kejayaan.

“Kepercayaan itu juga membuatkan saya pada usia 57 tahun melakukan sendiri aksi lagak ngeri, melompat dan bekerja sehingga 18 jam sehari.

“Jika saya tidak yakin, saya tidak mampu menghasilkan produk hebat yang akan disukai ramai,” katanya.

Baru menyelesaikan penggambaran Dunki di bandar Neom, Arab Saudi, filem yang turut dibintangi Taapsee Pannu merupakan produksi pertama menggandingkannya dengan pengarah, Rajkumar.

Pelakon filem Kabhi Khushie Kabhie Gham itu berkata, Dunki (Donkey) bermaksud keldai turut diarahkan sutradara tersohor, Raju Hirani.

“Ia adalah filem fiksyen, dibaluti elemen komedi dan pelbagai emosi diterjemahkan mengenai kecintaan terhadap negara.

“Penggambaran filem ini begitu besar dan merentasi banyak lokasi berbeza di dunia sebelum pulang ke India,” katanya.

Kehadiran SRK di Arab Saudi juga menjadi bualan hangat seluruh dunia apabila kelibatnya disedari ramai semasa menunaikan umrah di Tanah Suci.

Neom menjadi pesaing kepada Abu Dhabi yang sering menjadi tumpuan lokasi penggambaran dan menjadi pilihan utama Hollywood sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak 18 bulan lalu, Neom menjadi tuan rumah kepada 26 syarikat produksi, termasuk penggambaran filem Desert Warrior yang dibintangi pelakon, Anthony Mackie.

Filem arahan Rupert Wyatt itu mengambil latar abad ketujuh ketika negara Arab dihuni puak yang bertelagah, tidak bersatu dan berpecah-belah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya