Siapa kata saya tak rindu jadi penyampai radio? - Jamal Jamaludin - Utusan Malaysia

Siapa kata saya tak rindu jadi penyampai radio? – Jamal Jamaludin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Terkenal dengan ‘tagline’ ‘Ganda 23’, bekas penyampai radio Era dan Sinar, Jamal Jamaludin, mengakui, tidak pernah menolak sebarang tawaran untuk menjadi penyampai dengan mana-mana stesen radio.

Malah, akui Jamal, dalam tempoh dua tahun ini, terdapat dua buah stesen radio yang telah melamar namun hasrat untuk meneruskan kerjaya itu tidak kesampaian ekoran keadaan semasa.

“Siapa kata saya tak rindu jadi penyampai radio? Tentulah saya rindu. Malah ramai kalangan peminat dan pendengar yang selalu mengharapkan agar saya kembali ke udara, menghiburkan mereka dengan celoteh dan seleksi lagu lama di tengah malam.

“Kebanyakan pendengar akan ingat saya sebagai rakan seperjuangan DJ Lin. Kami ini bagaikan Raja dan Ratu gelombang radio tengah malam suatu ketika dahulu. Sebenarnya, ada dua buah stesen radio nak melamar saya sebelum ini.

“Satunya, Nasional FM tetapi diduga pula dengan negara yang tiba-tiba dilanda pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kool FM juga ada panggil saya. Namun bila saya nyatakan kesediaan, tiba-tiba berlaku perubahan di mana pengurusan menukar stesen itu dengan jenama baru, Buletin FM,”katanya.

Jamal berkata demikian semasa ditemui Utusan Malaysia sempena sambutan Ulang tahun pertama radio online Myfriend FM di sini, baru-baru ini.

Kongsi Jamal, bagaikan rezeki terpijak, dia kemudiannya ditawarkan untuk mengemudi stesen radio online itu dan kini kembali ke udara sebagai penyampai radio sejak Mac lalu.

“Saya ada beri cadangan pada pengurusan radio MyFriend FM supaya jadikan konsep radio ini 100 peratus retro. Ini kerana, sudah begitu banyak stesen lain memainkan lagu-lagu baru. Walhal, ramai pendengar yang sukakan lagu lama yang membangkitkan nostalgia juga.

“Saya nak jadikan MyFriend ini umpama radio Sinar yang mana kalau ingat balik, pada lima tahun pertama, mereka mainkan cuma lagu lama. Itu yang buat Sinar jadi stesen nombor satu pada 2010. 

“Saya yakin, menerusi formula yang sama, Myfriend FM kini pun sudah memiliki kelompok pendengar setia tersendiri. Saya pun gembira di sini sebab tiada protokol dan yang penting berkonsep retro,”katanya.

Menerusi stesen radio online tersebut, kata Jamal, dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen Cetusan Hati Dan Dedikasi pada setiap Rabu,  jam 11 malam sehingga 3 pagi manakala setiap Khamis menerusi segmen Borak Santai Bersama Artis Retro pada jam 11 malam hingga 3 pagi. 

Selain Jamal, Myfriend FM turut disertai barisan penyampai lain iaitu Charl Tazen yang mengendalikan segmen Apa Khabar, Cakap Sukan, Bintang Malam Ini, Kisah Orang Mati pada setiap Isnin, jam 9 malam hingga 11 malam. 

Penyampai Pool pula mengendalikan segmen Rock Track pada jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi yang turut menyaksikan dia mengendali segmen Geng Buskers pada setiap Selasa bermula jam 9 malam sehingga 12 malam.

Selain itu, penyampai, Iera Yusoff pula tampil dengan segmen Cerita Kita pada jam 4 petang hingga 7 malam setiap Khamis dan segmen Promo Niaga pada jam 4 petang hingga 7 malam pada setiap Jumaat manakala Teha Sukor mengendalikan segmen: Lagu Baru Artis Otai, Teka lagu dan Karaoke pada jam 9 malam hingga 12 malam setiap Jumaat. 

 Myfriendfm bersiaran menerusi website http://myfriend.fm, aplikasi Playstore myfriendfm, http://tiktok.com/@myfriendfmofficial dan Facebook Myfriend.FM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya