Sertai politik? Jawapan saya tetap ‘no’ - Datuk Fazley - Utusan Malaysia

Sertai politik? Jawapan saya tetap ‘no’ – Datuk Fazley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengakui sering ditawarkan peluang bergiat dalam bidang politik, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 44, bagaimanapun masih berpegang dengan pendirian untuk menolaknya.

Menurut Fazley, sejak usia 18 tahun, dia sudah terbiasa dengan suasana dan ragam dunia politik. Disebabkan itu, dia tidak mahu mengalihkan fokusnya kepada cabang itu, meskipun tawaran yang datang atas dasar perjuangan rakyat.

“Kalau ada yang perasan, pelbagai bidang telah saya ceburi dan tidak hanya tertakluk kepada kerjaya seni semata-mata. Saya telah masuk bidang berbeza seperti kulinari, akademik, perniagaan, namun tidak politik.

“Satu sebabnya ialah arwah bapa pernah menjadi orang kuat belakang parti. Malah, saya pernah menjadi pembantu peribadinya. Seiring waktu, saya lihat evolusi dunia politik.

“Saya mengaku, memang ramai yang tawarkan peluang untuk sertai politik daripada pelbagai parti. Tetapi, jawapan saya tetap sama, ‘no’. Biarlah 100 kali kena fikir, setakat ini jawapannya tetap tidak,” katanya.

Fazley berkata demikian ketika ditemui pada majlis bual santai bersama media di kafe Suka Sucre, di sini, kelmarin.

Tambah penyanyi lagu Asmara Ini, dia percaya, banyak lagi cara boleh mengangkat dan berjuang atas dasar membantu masyarakat dan tidak cuma tertumpu pada bidang politik semata-mata.

“Mungkin, bagi mereka, saya sesuai masuk dunia politik kerana memiliki latar belakang sebagai seorang pembahas. Banyak lagi cara berjuang untuk rakyat. Contohnya, menerusi sesi motivasi dan sahsiah diri.

“Itu saya tidak akan pernah tolak. Selama ini, saya memang sering dijemput untuk beri ceramah motivasi. Asalkan tidak berkaitan isu politik, saya bersetuju terima undangan mengikut kesesuaian masa,” katanya.

Sementara itu, Fazley turut menggerakkan inisiatif mengukuhkan jenamanya sebagai cef selebriti menerusi kerjasama dengan 13 jenama antarabangsa dan tempatan sebagai duta serta wajah produk untuk tahun depan.

Malah, kongsi Fazley, dia juga bakal memulakan tugasnya sebagai pensyarah kontrak dalam jurusan kulinari di beberapa universiti, namun memilih untuk tidak mengumumkannya terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya