Raisya Rizrose bakal naik pelamin - Utusan Malaysia

Raisya Rizrose bakal naik pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Antara ramai artis adik-beradik yang berkecimpung dalam bidang seni, Cik Bunga suka sangat tengok keluarga Senrose.

Baik Uqasha, Nelydia dan Raisya Rizrose, bagi Cik Bunga, masing-masing mempunyai perwatakan tersendiri. Mereka memang berbakat, cantik jangan cakaplah.

Selepas Nelydia dan Uqasha mendirikan rumah tangga, khabarnya adik mereka iaitu Raisya pula bakal disunting.

Dengarnya, Raisya bakal menamatkan zaman gadisnya tidak lama lagi. Itu khabar yang Cik Bunga terima daripada teman industri. Wah! Tahniah Raisya!

Cik Bunga difahamkan, jejaka yang juga calon suami Raisya segak dan tampan orangnya. Bukan calang-calang, pelumba kereta F3 tahu!

Kalau tidak silap, Raisya dan jejaka itu sudah lama bercinta, dalam 10 tahun juga. Tiada masalah pun berkawan lama kerana ia membuatkan kita semakin mengenali dan tahu warna sebenar karakter seseorang.

Apapun, semua itu urusan jodoh. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana apabila tiba masanya, ia pasti akan menjadi kenyataan. Jodoh datang tepat pada waktunya.

Namun, setakat ini, Cik Bunga tidak pasti tarikh perkahwinannya. Cik Bunga masih belum terima sebarang maklumat mengenainya. Apapun, kita doakan kebahagiaan Raisya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya