Luqman Hafidz mengaku sudah bercerai Jun lalu - Utusan Malaysia

Luqman Hafidz mengaku sudah bercerai Jun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah lama menyembunyikan status rumah tangganya, pelakon, Luqman Hafidz, 31, akhirnya membuat pengakuan dia dan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi, sudah bercerai sejak Jun lalu.

Menurut Luqman, dia mempunyai sebab dan alasan tersendiri mengapa terpaksa mendiamkan perkara itu selama ini, walaupun sudah ramai dapat menghidu isu keretakan rumah tangganya.

“Sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan sudah berpisah dengan isteri pada Jun lalu.

“Kami berpisah cara baik di mahkamah. Sekarang, fokus kami adalah memberikan kehidupan yang baik pada anak kami,” katanya.

Luqman berkongsi perkara itu menerusi Instagram pada hari ini.

Jelas Luqman lagi, pengumuman itu dibuat kerana tidak mahu mana-mana pihak terus berteka-teki tentang status rumah tangganya, selain mengelakkan timbul persepsi tidak baik dan fitnah.

“Saya sedar status sebagai anak seni tidak dapat lari daripada perhatian masyarakat. Justeru, saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan daripada mana-mana pihak.

“Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini. Saya berharap pihak media khususnya, dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga dan juga bekas mentua.

“Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini,” katanya.

Pada hantaran sama, Luqman memaklumkan, walaupun sudah tidak bersama sebagai suami isteri, tanggungjawab sebagai bapa kepada anaknya, Eve Laura tetap akan dilakukan dengan sehabis baik.

“Fokus saya sekarang adalah kerja keras mencari rezeki dan sebagai bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan.

“Saya pohon semua titipkan doa yang baik-baik dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian. Terima kasih,” ujarnya.

Sebelum ini, status rumah tangga Luqman menjadi teka-teki ramai apabila pelakon berkenaan tidak lagi berkongsi gambar keluarga di media sosial.

Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Eve Laura yang kini berusia hampir dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya