Kami masih ada, belum berkubur - Mimi Fly - Utusan Malaysia

Kami masih ada, belum berkubur – Mimi Fly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK banyak kumpulan yang bertahan dalam industri seni. Bahkan, kumpulan yang dianggotai adik-beradik juga belum tentu mampu kekal bertahan sehingga hujung usia. Itu realiti, bukan omong kosong.

Terbaharu, One Nation Emcees dikatakan sudah dibubarkan. Entah dari mana khabar itu tersebar, rata-rata peminat mengakui kecewa dan tertanya-tanya mengapa kumpulan yang popular dengan lagu Raja Gelek itu dibubarkan.

Jawablah! mendapatkan Mimi Fly. Benarkah dakwaan tersebut? Jika benar, apakah puncanya? Adakah komitmen karier solo masing-masing menjadi asbab berakhirnya riwayat One Nation Emcess? Mimi, Jawablah!

Tahniah di atas pelancaran single baharu, Kan Sudah Ku Kata. Nampaknya Mimi sudah melebarkan sayap sebagai komposer pula. Boleh cerita proses pembikinan lagu itu?

Sebenarnya saya mencipta lagu ini atas permintaan penerbit filem, Eva, D’Alpha Legacy. Mereka memilih saya kerana sukakan karya saya yang kebanyakannya memberi semangat dan berkisar tentang kesihatan mental. Cuma Kan Sudah Ku Kata berunsurkan ‘gelap’. Saya tidak berapa suka, tetapi inilah cabarannya. Agak sukar untuk saya sampaikan karya ‘gelap’ seperti ini.

Mimi cukup bersungguh-sungguh apabila membuat persembahan. Adakah itu peribadi sebenar Mimi?

Saya memang akan memberi sepenuh jiwa dan raga apabila melakukan sesuatu, terutama membabitkan kerja seni. Memang ada cabarannya bila kita bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang berbeza. Menyanyi, menari itu semua memerlukan disiplin dan komitmen. Disebabkan itu, apabila bekerja dengan sesiapa sahaja, mereka akan tahu saya jenis orang yang bersungguh-sungguh. Konsepnya, beri yang terbaik.

Tetapi kesungguhan itu kadang-kadang disalah anggap. Ada yang dakwa keterlaluan. Komen sikit?

Dalam setiap apa yang kita buat, ada yang suka dan ada yang tidak suka. Saya tidak harapkan apa-apa. Cukup dapat teruskan berkarya, itu sudah membuatkan saya gembira. Saya bahagia dapat membuat persembahan, terutama apabila menyanyikan lagu sendiri. Saya jenis cepat move on, baik atau buruk kita move on. Buktikan bakat sendiri.

Ramai juga tertanya-tanya ke mana pergi One Nation Emcees. Sudah terkuburkah? Atau masih dalam tempoh hibernasi?

Diam tak diam, kami sudah 15 tahun dalam industri hiburan. Selepas penampilan di Gegar Vaganza (GV), lebih ramai peminat mula mengikuti kami. Cuma, apabila ada banyak spekulasi mengatakan saya keluar kumpulan, saya hanya mendiamkan diri. Sebenarnya, kami masih ada. Kami masih berkarya dan berjalan terus. Cuma, sekarang masing-masing ada komitmen solo. Tidak ada istilah terkubur atau berpecah. Kami masih setia bersama.

Apa perancangan baharu One Nation Emcees? Mungkin single baharu sempena 15 tahun dalam industri muzik?

Eh! Mana tahu? Kami memang ada perancangan ke arah itu. Cuma, untuk mendapatkan material yang baik dan selari dengan kematangan serta imej kami, itu bukan perkara yang mudah.
Insya-Allah, kami sedang berusaha melangsaikan ‘hutang’ dengan peminat yang banyak bertanya tentang single baharu. Doakan semoga dipermudahkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya