Fazley Yaakob terkilan isu bangsa dan kaum jadi ukuran - Utusan Malaysia

 Fazley Yaakob terkilan isu bangsa dan kaum jadi ukuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, terkilan dengan sikap segelintir netizen yang tergamak melontarkan komen menyentuh isu kaum dan bangsa merujuk kepada tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali, di Genting Highland.

Menurut Fazley, dia tidak menghalang golongan netizen memberi reaksi atau bersuara mengenai kejadian, namun tidak seharusnya kaum dan bangsa mangsa dijadikan isu sehingga ada yang menjadikannya kayu pengukur untuk tentukan tahap belas kasihan.

“Betul lah netizen tu bebas bersuara, tapi kenalah juga tengok keadaan. Bila isu bangsa dan kaum jadi kayu pengukur untuk tentukan tahap kasihan terhadap mangsa, saya sendiri turut terkesan.

“Buat anda semua, kita ini nak masuk tahun 2023 dah ini. Tak perlulah semua orang diingatkan apa yang perlu dimuat naik dan apa yang perlu difikirkan semula sebelum dikongsikan.

“Mohon lebih sensitif dengan kemungkinan ada ahli keluarga mangsa yang terbaca komen-komen sinis itu. Dah namanya rakyat Malaysia maka bukan hanya bola sepak yang menyatukan kita tetapi musibah juga seharusnya membuatkan kita semua bersatu hati dalam simpati,”katanya.

Fazley berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram hari ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Asmara Ini juga meminta agar semua pengguna media sosial lebih berhati-hati dalam membuat sebarang komen atau respons terutama melibatkan perihal sensitiviti masyarakat.

“Tolong tolak beza agama dan bangsa.Hati-hati bila buat sebarang perkongsian. Lebih baik kita mendoakan agar segala urusan dipermudahkan,”katanya.

Terdahulu, insiden tanah runtuh di Batang Kali itu telah mendapat perhatian ramai dan liputan media tempatan.

Insiden tanah runtuh itu melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter (m) dengan ketinggian 70 m di kawasan tersebut.

Berdasarkan kenyataan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kejadian itu telah meragut nyawa enam mangsa dengan lima daripadanya merupakan wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Mangsa meninggal dunia ialah Lim Wei Xin, Hong Mei Jin, Nurul Azmani, Lai Lee Yin, Lai Lee Koo, manakala kanak-kanak terbabit ialah Tong Kai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya