Tergelak besar Cik Bunga bila ada orang bercerita tentang kerenah seorang pengarah dan penerbit ini.
Cik Bunga dapat tahu, ramai yang mula perasan dia sering mengendeng seorang VVIP ini setiap kali menghadiri mana-mana majlis keramaian.
Tetapi, Cik Bunga tidak mahu pula tuduh dia mempunyai agenda tertentu apabila sering mendekati VVIP ini.
Cuma, ada ketika nampak sangat dia takut dengan bayang-bayangnya sendiri.
Nak kata dia kuat kipas, entahlah sebab Cik Bunga tidak pernah nampak. Tetapi, orang dalam industri sudah ada berbunyi mengenai perkara itu.
Apa yang kelakar, dia macam tak bagi peluang orang lain mendekati VVIP itu. Aduhai… macam ini punya orang pun ada.
Macam mana nak sama-sama tingkatkan mutu dan kualiti industri kreatif kalau semua akses awak seorang sahaja nak bolot?
Maksud Cik Bunga, orang lain pun nak cari makan, ada misi dan visi yang ingin mereka capai. Tetapi kalau peluang seperti selalu disekat, Cik Bunga dengar ramai mula geram dengan penerbit itu.
Iyalah, bukan main berdegar-degar cakap mahu tolong, tetapi semuanya kena melalui dia. Siapa yang tidak bengang?
Cik Bunga pun hairan dengan perangai pengarah ni. Mentang-mentanglah dia rapat dengan VVIP itu, orang lain langsung tiada peluang dekati. Entahlah… pelik-pelik sahaja. perangai..