PRU15: Eizlan Yusof janji akan terus berkhidmat untuk masyarakat Sabak Bernam - Utusan Malaysia

PRU15: Eizlan Yusof janji akan terus berkhidmat untuk masyarakat Sabak Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM : Pelakon yang juga calon parti Pejuang, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, menyerahkan kepada Allah SWT terhadap apa juga keputusan selepas berusaha sedaya termampu untuk masyarakat Sabak Bernam.

Eizlan yang bertanding di P.092, Parlimen Sabak Bernam berkata, selama dua minggu berkampung dan menyantuni pengundi tempatan, dia sudah berusaha untuk mendengar segala masalah yang dibangkitkan.

“Saya sudah berusaha setakat termampu dengan kapasiti yang ada kepada masyarakat Sabak Bernam. Keputusan malam ini, kita terserah kepada Allah.

“Selama dua minggu berkampung dan menyantuni pengundi tempatan, hampir semua isu yang telah dibangkitkan rakyat sudah didengari, malah ada yang diselesaikan terus dengan bantuan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

“Nawaitu saya tetap sama, andai ada rezeki, saya akan terus buat kerja. Tapi andai tiada rezeki sekalipun, saya akan tetap bekerja untuk masyarakat Sabak Bernam atas kapasiti NGO (Badan Bukan Kerajaan),” katanya,

Sebentar tadi, Eizlan mengambil peluang bertemu dengan pengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM)di sini sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Setiawangsa pada tengah hari.

Selesai sahaja proses ‘buang undi’, Eizlan akan kembali ke Sabak Bernam pada sebelah petang untuk keputusan akhir yang akan diumumkan di Dewan Tun Razak,
malam ini.

Eizlan bertanding empat penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Sahlan; Pakatan Harapan (PH), Shamsul Ma’arif Ismail dan Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Rahman Bakri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya