Pelakon kena ada Integriti - Zul Ariffin - Utusan Malaysia

Pelakon kena ada Integriti – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK kebelakangan ini, perdebatan mengenai soal rupa atau bakat menjadi antara topik hangat diperkatakan oleh orang-orang dalam industri.

Perkara itu tercetus apabila penerbit drama terkemuka tanah air, Datuk A Aida mengeluarkan kenyataan berani bahawa dia mengutamakan rupa paras pada seseorang pelakon itu seandainya mahu mengambil mereka untuk berlakon dalam naskhah terbitannya.

Kenyataannya itu kemudiannya menimbulkan kata setuju dan tidak setuju daripada pelbagai pihak. Baik pengarah, penerbit, pelakon, penulis skrip dan ramai anak seni lain.

Bertemu dengan Zul Ariffin baru-baru ini, Pancaindera tidak melepaskan peluang untuk mencungkil isi pemikiran pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 (FFM) ini mengenai isu yang bertebaran.

Dari sudut seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah, ini adalah apa yang dikongsikan oleh Zul buat tatapan pembaca.

 

Sebagai seorang yang ada bakat dan juga rupa, apa komen Zul apabila timbulnya perdebatan mengenai isu ini?

Dua-dua pun boleh. Penerbit dan stesen tv khususnya. Saya tak nampak pengarah ada kuasa nak pilih siapa mereka mahu. Kalau dua entiti itu nak pilih salah satu, rupa atau bakat, itu hak mereka. Tapi kalau ditanya pada saya, sejujurnya, saya tak akan kata tentang bakat. Tetapi ia lebih kepada kemahiran. Bakat ini boleh jadi sejak lahir dia telah dikurniakan faktor itu. Anugerah Tuhan. Tetapi kemahiran yang perlu ada. Perlu diasah dan ditajamkan. Kalau yang menonjol pada seorang pelakon itu adalah rupa manakala kemahirannya pula tumpul, di situ wujudnya perdebatan. Tapi kalau kemahiran tajam, rupa tak berapa nak menonjol, ia akan nampak seimbang.

Tetapi ramai kata perkara ini subjektif. Mata orang dan penilaian orang adalah lain-lain? Apa komen Zul?

Tak dinafikan, memang ia subjektif. Di Malaysia ini, nak tampan sangat macam mana lagi sebab kita kena tengok juga watak yang diberikan. Setakat bawa watak biasa, nak ‘outstanding’ macam mana? Dia kena ada skrip yang betul-betul beri impak pada watak itu. Tapi Kalau kemahiran lakonan itu pun tak ada, susah juga. Sebenarnya, ia memerlukan kombinasi. Rupa pun iya, bakat maksud saya kemahiran pun iya. Saya tak akan pertikaikan perkara ini. Tetapi nasihat saya, jangan jadi ‘bitter’.

Apa maksud Zul ‘jangan jadi bitter’?

Kalau orang tak berikan awak tawaran, tak ambil awak berlakon, jangan jadi ‘bitter’ atau marah. Saya tak pernah merungut bila orang tak ambil saya berlakon. Saya terima. Jangan jadi ‘bitter’ dan terimalah penolakan sebab ia ada dimana-mana sahaja. Boleh jadi awak kena tolak hanya sebab awak tak cakap ‘hi’ dengan mereka di majlis. Kita tak tahu sebab realiti memang agak kasar. Tetapi, adik-adik semua, selamat datang ke dunia ‘show business’. Memang mencabar, tetapi kalau nak selamat, pastikan pisau atau kapak kemahiran awak tajam.

Boleh Zul kongsikan lagi kenapa Zul nasihatkan begitu?

Ada sebab kenapa kita kena tajamkan kemahiran. Metaforanya, kalau awak ada kapak yang tajam,awak tak perlukan habiskan masa bertahun-tahun nak tebang pokok itu. Awak hanya perlukan beberapa jam sahaja. Kalau saya percayakan pada ketajaman kemahiran awak, saya pasti yang lain boleh dibentukkan.Kalau nak bagi hero atau heroin itu setampan dan secantik-cantiknya pun, kalau dia tidak kena untuk watak orang kampung misalnya, bagaimana? Ini bukan pertandingan ratu cantik yang awak nak lawa-lawa sangat. Asalkan sedap mata memandang, bagi saya memadai. Saya masih ingat bagaimana dulu, berat saya cecah 100 kilogram. Tak ada siapa nak ambil berlakon. Tapi saya tak melenting sebab faham heroin-heroin sekarang pula makin lama makin comel. Siapa nak ambil hero sebesar kereta kancil jadi hero sebelah heroin comel-comel? Jadi saya turunkan berat badan dan kemudian ternyata, ada penerbit ambil saya berlakon. Itu sebab saya cakap, jangan marah-marah. Pelakon itu sendiri kena ada usaha. Jangan risau rezeki itu akan ada. Cuma jangan suka pertikai atau berdebat sangatlah. Tak sihat untuk industri.

Adakah Zul rasa, pihak yang bersetuju dan paling perjuangkan tentang bakat itu hakikatnya hipokrit? Mereka sebenarnya juga tengok pada rupa, cuma tidak mahu mengakuinya. Contohnya golongan netizen. Komen?

Sekarang ini, betulkah netizen yang kata mereka pentingkan bakat dan bukan rupa? Sebab beberapa penerbit kata nak rupa, saya sokong. Siapa yang tak nak beli kereta cantik? Siapa yang tak nak pergi melancong tempat cantik? Hakikat manusia, memang suka tengok keindahan, kecantikan. Tetapi, kena tengok pada situasi. Contoh saya, orang pernah tanya ada tak produksi Mat Kilau tawarkan saya watak. Kalau ada, saya sendiri pun persoalkan. Memang Datuk Adi Putralah yang lebih sesuai.  Saya tengok di cermin pun tahu diri memang tak kena kalau bawa watak Mat Kilau itu. Bila mereka umumkan Adi bawa watak itu, saya pun kata memang A lah! Kena ada pelakon yang memiliki set kemahiran dan karisma yang tahap tinggi Kalau tak Adi, saya fikir mungkin Remy. Letak saya, memang tak ‘blend’ lah. Semata-mata nak gaji sanggup saya ambil? Tak mungkin.Kenalah ada integriti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya