FFM32: Hyrul Anuar letak harapan pada Tiga Janda Melawan Dunia - Utusan Malaysia

FFM32: Hyrul Anuar letak harapan pada Tiga Janda Melawan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah muda, Hyrul Anuar, 34, terharu apabila namanya membolosi senarai pencalonan bagi kategori Pengarah Harapan, Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bakal berlangsung pada 2 Disember ini.

Bagaimanapun, kata Hyrul, dia tidak meletak harapan terlalu tinggi untuk menang memandangkan empat pesaing lain merupakan antara nama hebat dalam industri.

“Saya bersyukur apabila nama berada dalam senarai kategori itu. Tidak sangka juri melihat kemampuan saya untuk berada dalam senarai tersebut.

“Tetapi, kalau dilihat empat pengarah lain dalam kategori sama pun bagus. Jadi, saya tidak mahu meletak harapan yang tinggi.

“Kalau ada rezeki itu, adalah. Kalau tidak ada, tidak mengapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pun begitu, kata Hyrul, seandainya rezeki berpihak, dia berharap kemenangan itu dapat membuka jalan lebih besar buat pengarah muda lain.

“Insya-Allah. peluang itu akan membuka jalan yang lebih besar untuk saya sebagai junior dalam industri filem Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai naskhah arahannya, Tiga Janda Melawan Dunia yang turut tercalon dalam kategori Rekaan Busana Terbaik, Hyrul mendoakan yang terbaik buat pasukannya.

“Saya harapkan rekaan busana akan mendapat tempat sebab pasukan pereka meletakkan usaha yang banyak untuk produksi itu.

“Mereka bekerja siang malam untuk menzahirkan apa yang saya mahukan. Saya harap rezeki memihak kepada mereka juga,” katanya.

Filem Tiga Janda Melawan Dunia merupakan sebuah filem komedi dan aksi menampilkan lakonan Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya