Dah lama tinggalkan tabiat ‘makan asap’ - Mawi - Utusan Malaysia

Dah lama tinggalkan tabiat ‘makan asap’ – Mawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengarah filem, Mawi atau Asmawi Ani, 41, mengakui sudah 13 tahun meninggalkan tabiat merokok yang baginya, tidak membawa manfaat dari sudut kesihatan.

Menurut Mawi, sejak meninggalkan tabiat tersebut, banyak perubahan positif berlaku terhadap kesihatan tubuh badannya.

“Alhamdulillah, hampir 13 tahun juga saya tinggalkan tabiat ‘makan asap’. Waktu suka ‘makan asap’ dulu, banyak kesan negatif terhadap diri, terutama pada bahagian tekak.

“Ketika bangun tidur, memang agak seksa seperti tekak selalu berkahak, gatal dan batuk, selain tidak selesa. Kalau tidak dapat merokok, mood pun berubah. Jadi, memang selalu tidak ada mood.

“Selain itu, saya juga tidak tenang dan marah-marah. Itu tandanya kita sudah mula ketagih dengan asap,” katanya.

Mawi berkongsi perkara itu dalam satu luahan di media sosial dengan melampirkan keratan akhbar mengenai kesan merokok, termasuk pengambilan rokok elektronik.

Mawi berkata, dia mengambil teladan daripada bahan bacaan yang membuatnya terfikir untuk meninggalkan tabiat merokok.

“Saya ada terbaca sebuah buku berjudul Kenali Dunia Jin. Satu yang diceritakan dalam buku itu adalah ‘asap merupakan makanan jin’.

“Terus saya sentap dan kuatkan semangat untuk berhenti. Alhamdulillah, dengan izin dan kuasa Allah SWT, saya dapat tinggalkan tabiat itu,” katanya.

Perkongsian Mawi itu mendapat respons yang pelbagai daripada pengikut dan peminat di media sosial.

Namun, rata-rata menganggap perkongsian itu memberi manfaat dan kesedaran kepada orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya