Saya masih boleh berlakon - Along Eyzendy - Utusan Malaysia

Saya masih boleh berlakon – Along Eyzendy

ALONG hanya berehat enam bulan sebelum kembali ke lokasi penggambaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Along Eyzendy, 42, menjelaskan keadaan kesihatannya semakin pulih, malah sejak enam bulan lalu  telah kembali bekerja demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.

Menurut Along, dia perlu menjelaskan keadaan itu kerana masih ramai beranggapan, dia tidak lagi aktif berlakon selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 15 April tahun lalu.

“Saya hairan sebab ramai yang sangka saya masih sakit. Ramai juga yang bertanya, apakah saya sudah boleh berlakon? Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik.

“Saya akui, sedikit degil sebab doktor nasihatkan supaya berehat lebih lama. Saya hanya berehat enam bulan dan selepas itu, kembali bekerja.

“Insya-Allah, saya masih boleh (berlakon), tetapi bukan membabitkan babak berat seperti pergaduhan. Bimbang ia memberi tekanan pada diri,” katanya.

Along yang ditemui pada sidang media teater Nyonya di Dewan Bahasa dan Pustaka, semalam sebelum ini, menderita sakit buah pinggang apabila hanya 19 peratus daripada organ itu berfungsi.

Susulan itu, isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 38, mendermakan buah pinggang kanan untuk membantunya pulih.

Along memaklumkan, dia sudah mula menjalani penggambaran, namun sentiasa memastikan kesihatannya tidak diabaikan bagi mengelak timbulnya sebarang komplikasi.

“Saya kena bekerja kerana ada mulut yang perlu disuap. Sebelum ini, isteri  tidak bekerja kerana saya mahu dia beri perhatian kepada anak-anak.

“Alhamdulillah, saya tiada masalah untuk menjalani penggambaran, malah pernah berada di lokasi selama 15 jam. Namun, saya perlu jaga makan, minum dan cukup tidur.

“Kalau tidak cukup tidur, badan akan rasa tidak sedap dan bahagian tempat pembedahan juga sakit. Diikutkan hati, saya mahu redah sahaja, tetapi badan pula tidak berapa kuat,” ujarnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya