Sambutan teater Tun Fatimah memberangsangkan - Utusan Malaysia

Sambutan teater Tun Fatimah memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pelakon, Farah Ahmad bersyukur apabila pementasan teater Tun Fatimah arahan pengarah dan pelakon, Fauziah Nawi mendapat sambutan di luar jangkaan.

Farah yang dihubungi memaklumkan, mereka terkejut dengan kehadiran penonton yang sejumlah besarnya adalah penuntut universiti yang membeli tiket pada saat akhir.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan sangat gembira dengan sambutan yang amat memberangsakan terhadap teater Tun Fatimah. Kedua-dua persembahan yang bermula kelmarin, penuh.

“Kami tidak sangka ramai hadir, khususnya pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membeli tiket secara walk in pada saat akhir.

“Kami dapat merasakan petanda positif dua tiga hari sebelum persembahan pertama apabila jualan tiket dalam talian naik mendadak. Perkara ini benar-benar di
luar jangkaan kami. Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada teater ini,” katanya.

Teater Tun Fatimah dipentaskan selama tiga hari dan bakal melabuhkan tirainya malam ini.

Selain Farah, teater itu turut menampilkan pelakon Firdee Aqasha dan Mhia Farhana serta dipentaskan di Auditorium Utama UIAM.

Kata Farah lagi, jualan tiket dalam talian untuk pementasan terakhir pada malam ini sudah ditutup.

“Hanya tiket berharga RM25 sahaja yang masih dijual pada masa ini. Mereka yang ingin menonton boleh membuat pembelian tiket secara walk in di kaunter yang dibuka di auditorium tersebut.

“Mereka juga boleh menghubungi Ixora di talian 014-3232501 untuk sebarang pertanyaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya