Pertaruhan komedi senyap tidak sebelahi kumpulan Sesah - Utusan Malaysia

Pertaruhan komedi senyap tidak sebelahi kumpulan Sesah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mempertaruhkan komedi senyap dalam persembahan, kelainan yang ditampilkan kumpulan Sesah itu tidak membawa tuah apabila mereka diumumkan tersingkir pada minggu kelima program Awesome Raja Lawak.

Anggota kumpulan itu, Acap berkata, kelainan yang dibawa bersama Paan dan Alok adalah untuk memenuhi permintaan peminat di media sosial yang ingin melihat mereka tampil menghasilkan komedi senyap di pentas.

“Banyak komen yang kami terima dan rata-rata meminta kami membuat persembahan komedi senyap. Mungkin mereka lihat kami mempunyai kelebihan dari sudut itu, sekali gus dapat menyerlahkan lagi kekuatan kami di pentas.

“Secara peribadi, kami juga ingin menghiburkan peminat dan penonton yang selama ini menyokong, terutama mereka yang sanggp datang dari jauh semata-mata untuk melihat persembahan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas kegagalan mereka untuk mara ke pentas akhir Awesome Raja Lawak, kata Alok, Sesah akur mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki, terutama dari segi tempo persembahan.

“‘Buat komedi senyap ini sebenarnya ada risiko yang tinggi. Tapi bagi kami, apa yang dipersembahkan sudah cukup membuatkan kami berpuas hati.

“Sekurang-kurangnya dari minggu ke minggu, keyakinan kami untuk berada di pentas dan menbuat persembahan semakin baik,” katanya.

Sesah bagaimanapun, berterima kasih kepada juri dan mentor yang tidak jemu memberikan kata semangat, malah akan teruskan perjalanan dan minat terhadap dunia seni.

Untuk saingan minggu kelima, kumpulan Soda masih mengekalkan status juara mingguan dengan markah 81 peratus diikuti peserta solo, Azhar pada tangga kedua (71 peratus).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya