Lesti Kejora maafkan Rizky Billar, tarik balik laporan polis - Utusan Malaysia

Lesti Kejora maafkan Rizky Billar, tarik balik laporan polis

LESTI Kejora bersedia memaafkan suaminya demi anak mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pergolakan rumah tangga penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar menemui sinar apabila mereka berdua sepakat memilih jalan damai untuk menyelesaikan masalah yang melanda.

Penyanyi Sekali Seumur Hidup itu dilaporkan sudah menarik balik laporan polis terhadap serangan keganasan rumah tangga yang dilakukan suaminya, malah turut memaafkan perbuatan lelaki itu.

“Memaafkan. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi lagi,” katanya ketika ditemui media di Polres Metro, Jakarta Selatan.

Lesti Kejora berkata, dia bersedia memaafkan Rizky demi anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Katanya, anaknya yang masih kecil itu memerlukan ayah dan tidak mahu Fatih mengetahui keadaan bapanya nanti.

“Ini kerana anak saya. Dia bagaimanapun, tetap suami dan bapa kepada anak saya,” katanya.

Lesti Kejora menambah, Rizky juga telah meminta maaf dan mengakui kesalahannya. Malah, suaminya itu turut meminta maaf kepada keluarganya atas apa yang berlaku.

“Alhamdulillah, dia mengakui perbuatannya dan meminta maaf kepada saya serta keluarga. Insya-Allah, keluarga, ayah dan ibu memaafkan perbuatan suami,” sambungnya.

Lesti Kejora memaklumkan, momen memaafkan itu juga dilengkapi dengan perjanjian  yang dipersetujui bersama. DIa bagaimanapun, enggan mendedahkan isi perjanjian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya