Kelemahan saya ialah lelaki, serik! - Tom - Utusan Malaysia

Kelemahan saya ialah lelaki, serik! – Tom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom, 37, mengakui tidak lagi memikirkan soal pasangan hidup memandangkan fokusnya kini hanya mahu membesarkan anak-anaknya dengan baik.

Kata Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, dia harus meletakkan noktah apabila tiba bab lelaki kerana sudah serik melalui kegagalan tiga perkahwinan terdahulu.

“Sebenarnya, kelemahan saya adalah lelaki yang dekat dengan diri, baik teman lelaki atau suami. Apabila saya bercinta atau berkahwin, secara automatik fokus saya akan beralih pada pasangan.

“Saya tidak mahu anak-anak rasa terabai jika saya ada pasangan. Lebih baik saya fokus pada mereka kerana anak-anak sangat memerlukan perhatian. Lagipun, saya serik beri komitmen pada lelaki.

“Banyak kali lalui kekecewaan, rasanya lebih baik fokus pada diri, cari duit dan jaga anak-anak sahaja,” katanya.

Selain itu, kata Tom, dia sebenarnya lebih selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, meskipun pada masa sama mengakui, ada beberapa lelaki cuba mendekati.

“Saya seronok hidup single sekarang. Sejak usia muda, jarang saya tidak ada kekasih, rasanya paling lama sebulan sahaja single.

“Saya sayangkan hubungan dengan bekas suami, namun jodoh kami tidak panjang. Tetapi, Allah kurniakan anak-anak sebagai pengganti dan itu yang akan saya jaga sampai bila-bila.

“Sekarang ini ada juga lelaki yang mendekati, tetapi saya tolak cara baik. Tidak mahulah ada komitmen,” katanya.

Tom kali pertama mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dan pernah tiga kali melalui alam perkahwinan dalam tempoh lapan tahun.

Hasil perkahwinan tersebut, Tom memiliki tiga cahaya mata, namun hanya dua anak hasil perkahwinan ketiga sahaja di bawah jagaannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya