Balu Bob Lokman berniaga makanan untuk sara keluarga - Utusan Malaysia

Balu Bob Lokman berniaga makanan untuk sara keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Anak keempat pelakon dan penulis lirik, Allahyarham Bob Lokman, Ahmad Rayyan, 16, memaklumkan ibunya mengusahakan perniagaan bubur lambuk dan serunding di Kubang Kerian, Kelantan untuk menampung keluarga.

Menurut Rayyan, arwah bapanya yang mahir memasak pernah berpesan supaya meneruskan legasi perniagaan yang dijalankan ketika hayatnya masih ada.

“Sejak pemergian arwah, kehidupan kami sekeluarga mengalami fasa naik turun. Tetapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Ibu bersama abang kini menjalankan perniagaan dengan mengambil tempahan bubur lambuk dan serunding. Perniagaan ini arwah ayah pernah usahakan dulu dan kami sambung sebagai memenuhi permintaannya.

“Keadaan emak juga semakin baik. Walaupun masih bersedih, dia reda dengan pemergian ayah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Selebriti & Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, di sini.

Pada majlis itu, Ahmad Rayyan mewakili keluarganya menerima sumbangan daripada kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM5,000.

Berkongsi mengenai sumbangan itu, Ahmad Rayyan berkata, mereka terharu arwah bapanya masih diingati sehingga hari ini.

“Saya terharu dan terkejut sebab kami ingatkan selepas ayah meninggal dunia, semua akan senyap. Tiada orang akan sebut mengenainya lagi.

“Tiba-tiba ada sumbangan ini. Terima kasih kerajaan negeri Kelantan atas sumbangan ini,” katanya.

Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 58, meninggal dunia di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung pada 23 September lalu.

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama itu meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya