Ada sarankan saya buat kontroversi - Azrel Ismail - Utusan Malaysia

Ada sarankan saya buat kontroversi – Azrel Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azrel Ismail, mengakui pernah disaran pihak tertentu untuk sengaja membuat gimik atau mencipta kontroversi jika berhasrat mahu cepat popular.

Bagaimanapun kata Azrel, dia sebolehnya enggan terlibat dalam hal seperti itu kerana lebih percayakan bakat, selain berusaha menjaga nama baik.

“Saya memang menjaga nama sejak dari awal memasuki industri. Mungkin disebabkan itu, orang tengok saya tidak sangat terpalit dengan kontroversi.

“Ada yang nasihatkan, buatlah kontroversi kalau mahu nama naik cepat dan dikenali. Tetapi, semua orang ada cara tersendiri untuk cipta nama dalam industri dan saya memilih dikenali tanpa bersandar kepada kontroversi.

“Saya akan pastikan nama bersih supaya fokus terhadap kerjaya lebih menyerlah. Mungkin sekarang nama saya tidak terlalu meletup, tetapi saya bersyukur kerana tawaran sentiasa ada.

“Saya harap kepercayaan itu kekal sampai bila-bila. Asalkan masih ada dalam industri, saya sudah cukup gembira,” katanya.

Azrel mendedahkan, dia pernah diserang netizen selepas memuat naik status yang mengundang kecaman sehingga menyebabkan dirinya berdepan gangguan tidur.

“Saya pernah termuat naik status yang mengundang kecaman netizen. Ketika itu, teruk saya diserang. Memang takut, malah ia membuatkan saya terfikir-fikir sehingga tidak boleh tidur.

“Baru saya tahu itu rasanya apabila diserang netizen. Serangan mereka sangat kuat dan saya pula masih baru serta tidak tahu bagaimana untuk kawal keadaan.

“Sampai satu tahap, saya tutup ruangan komen kerana tidak mahu fikiran dibebani dengan komen negatif. Saya trauma kerana serangan netizen itu sangat menyeramkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya