Wanita selalu dipersalahkan, lelaki gatal bagaimana pula? -Riena Diana - Utusan Malaysia

Wanita selalu dipersalahkan, lelaki gatal bagaimana pula? -Riena Diana

RIENA DIANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Riena Diana, 25, tidak menyangka tindakannya meninggalkan komen pada siaran artikel di sebuah portal mengenai penampilan seksi Janna Nick ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini telah mengundang kecaman netizen.

Akui Riena, dia tidak berniat mempertahankan pemilihan busana ketat yang digayakan Janna, namun mempersoalkan sikap segelintir netizen yang hanya menyalahkan wanita apabila melibatkan komen berbaur lucah.

“Saya ada meluahkan pada ruangan komen, zaman sekarang ramai lelaki yang sakit otak. Selepas itu, ramai pula netizen yang mengecam saya.

“Bukan niat saya untuk mempertahankan sesiapa, tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah kenapa perempuan selalu dipersalahkan? Lelaki gatal pula bagaimana?

“Saya pernah berada di situasi seperti itu apabila memakai pakaian longgar, tetapi masih ada yang komen mengenai susuk tubuh saya. Jadi, apakah itu salah wanita?” kata Riena.

Sebelum ini, penampilan Janna yang memakai baju ketat sehingga menampakkan bentuk badannya ketika menghadiri majlis tayangan filem, Juang, baru-baru ini menerima kritikan ramai.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, Janna sedang duduk memandang ke belakang untuk melambai peminat, namun pakaiannya dilihat sangat ketat sehingga menampakkan bahagian punggung.

Ruangan komen di video itu dipenuhi dengan komen berbaur lucah, terutama daripada lelaki, selain segelintir yang meluahkan perasaan kurang senang dengan rakaman tersebut.

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Hot FM ini mengakui, barangkali dia juga melakukan kesilapan dalam melontarkan komen sehingga dikecam netizen.

“Salah tetap salah, saya tidak cakap menyarung pakaian ketat itu betul. Saya juga tidak mahu menegakkan benang yang basah.

“Saya juga tidak bercakap, menggayakan pakaian seksi itu betul. Salah saya juga sebab gatal memberikan komen, jadi saya terima apabila diserang netizen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya