Teringin ada program bual bicara sendiri - Lisa Surihani - Utusan Malaysia

Teringin ada program bual bicara sendiri – Lisa Surihani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berjaya mencipta nama sebagai antara pelakon wanita terbaik, Datin Lisa Surihani menyimpan hasrat untuk mengacara program bual bicara sendiri.

Kongsi pelakon Legenda Budak Setan ini, buat masa ini, dia tiada perancangan atau projek lakonan baharu, namun berminat untuk mencuba bidang pengacaraan pula.

“Kalau tanya perkembangan terkini dalam bidang lakonan itu tidak ada. Bukan mahu bersara, cuma belum sampai ‘seru’ lagi. Kalau boleh saya mahu menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.

“Kalau ada program bual bicara sendiri, terutama soal jawab agama mewakili masyarakat, itu yang saya cukup idam-idamkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lisa yang juga isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusry Abd. Halim ini berkata, dia juga mahu menimba sebanyak mungkin ilmu yang boleh, terutama apabila mengacarakan program berbentuk ilmiah.

“Mungkin kerana saya banyak menyertai kelas dan seminar, sedikit sebanyak menambahkan minat saya untuk lebih meneroka ilmu agama.

“Pada masa sama, saya dapat menjadi lidah masyarakat yang mungkin ada persoalan berkaitan agama. Itu pasti menyeronokkan. Insya-Allah, peluang itu akan tiba nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya