Macam dalam kelas, nak nombor satu kenalah ulang kaji - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Macam dalam kelas, nak nombor satu kenalah ulang kaji – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein, terharu apabila dihujani pujian setelah dikatakan berjaya menyuntik kelainan ketika muncul sebagai hos program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bersama Nabil, malam tadi.

Menurut Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina, dia bersyukur dengan reaksi positif yang diberikan, pada masa sama tidak menolak agak gementar ketika mengacarakan program tersebut.

“Alhamdulilah, syukur kalau ada yang suka. Paling risau sekali penerimaan orang, tetapi apabila diberi tanggungjawab, saya akan cuba buat yang terbaik kerana ini periuk nasi kita.

“Ia sama macam dalam kelas. Kalau kita nak nombor satu, kena buat ulang kaji lebih sikit, betul tak? Macam saya, ini adalah yang terbaik dapat saya lakukan untuk GV9.

“Semua orang tahu progres GV 1 sampai GV8 sebelum ini bagaimana, jadi saya kena bekerja lebih sedikit untuk memastikan saya memberikan sesuatu yang akan diingati penonton,” ujarnya.

Mengulas mengenai peranannya sebagai hos, Elly berkata, tanggungjawab itu tidak mudah dan perasaannya juga bercampur baur.

“Tanggungjawab ini memang sangat berat untuk saya kerana perlu kekalkan momentum GV sebagai program yang ditunggu-tunggu ramai.

“Untuk memegang tanggungjawab bersama Nabil memang berat, tetapi saya cuba apa yang termampu dan menjadi diri sendiri.

“Orang sudah tahu DNA program ini yang sinonim dengan Nabil dan Jihan, tiba-tiba saya pula ada dalam team itu. Ia sama seperti jiran yang hendak masuk rumah baru. Saya cuba buat cara saya dan ikut apa kemahuan produksi GV,” katanya.

Elly berkata, dia terharu apabila banyak pihak membantu, termasuk bintang GV yang kebanyakan mereka sudah lama dikenalinya.

“Bila sudah kenal, nak usik pun tak malu. Saya profesional kerana ini adalah kerja. Selagi diperlukan, saya akan buat yang terbaik kerana tempat saya lambat-laun akan diambil orang juga nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya