Lirik sekarang kurang jiwa, syok sendiri - Ajai - Utusan Malaysia

Lirik sekarang kurang jiwa, syok sendiri – Ajai

AJAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komposer dan penyanyi, Ajai berpendapat lirik lagu generasi masa kini kurang berjiwa menyebabkan kebanyakan penyanyi baharu tidak dapat bertahan lama kerana ketiadaan sentuhan malar segar.

Jelasnya, lirik memainkan peranan yang sama penting, selain melodi yang membuatkan sesebuah lagu itu mudah diterima dan kekal menjadi permintaan peminat.

“Kebanyakan lirik dalam lagu sekarang kurang ada jiwa. Banyak ayat hispter dan moden, manakala lirik pula tidak merangkumi jalan cerita yang cuba disampaikan. Tidak membekas di dalam hati.

“Kebanyakkan lagu dan lirik macam syok sendiri. Tidak ada kaitan dengan pendengar. Sesebuah lagu boleh evergreen sebab peminat ada memori yang terkait apabila mendengar lagu,” katanya.

Tidak merujuk kepada mana-mana pihak, Ajai berkata, peredaran muzik yang semakin moden, ditambah dengan pengaruh muzik luar menyebabkan kebanyakkan lagu masa kini sukar bertahan lama.

“Bagi saya, ia mungkin cara mereka (komposer baharu) yang dibesarkan dengan muzik moden dan dipengaruhi lagu barat. Rujukan mereka pun lagu antarabangsa, tidak ada seni dan jiwa kita.

“Tidak perlu malu jika hendak menulis lirik, letakkan kamus di sebelah untuk mendapatkan perkataan yang bersesuaian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya