Akur dikritik teruk di Gegar Vaganda 9, Danial Zaini minta maaf

Akur dikritik teruk di Gegar Vaganza 9, Danial Zaini minta maaf

gegar vaganza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pengacara, Danial Zaini, memohon maaf kepada semua peminat dan penonton setia program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang tidak selesa dengan caranya mengendalikan pentas itu, malam tadi.

Bukan mahu memberi alasan, tetapi kata Danial kepada Utusan Malaysia, dia diminta oleh pihak produksi untuk menggantikan tempat Nabil Ahmad, empat jam sebelum konsert berlangsung

“Mungkin ada tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Nabil tidak ada minggu ini sebab mempunyai komitmen lain. Saya pula memang setiap minggu kendalikan program GV Live +.

“Saya dihubungi pihak produksi sekitar jam 3 petang dan mereka kata kena ganti. Ada juga pihak produksi cari hos lain, tetapi mereka tidak dapat berikan komitmen. Jadi, saya ambil tanggungjawab itu. Kalau tolak, saya tetap kena datang buat GV Live + juga,” katanya.

Danial berkata, dia juga tidak sempat melakukan latihan memandangkan segala-galanya berlaku pada saat akhir.

“Memang tidak sempat buat latihan, malah cari baju pun pada saat akhir. Saya dapat skrip dalam dua jam sebelum naik pentas dan segera berjumpa Elly Mazlein untuk sesi bacaan skrip,” katanya.

Netizen sebelum ini, meluahkan rasa kecewa dengan cara Danial mengendalikan GV9 dan menganggap pelawak itu telah memberi imej tidak bagus untuk program kesukaan ramai itu.

Menyedari kekurangannya, Danial bagaimanapun memohon maaf kepada peminat GV9 dan menerima komen negatif itu dengan hati terbuka.

“Siapa saja ganti, mesti akan kena banding dengan Nabil yang sudah lama mengendalikan GV. Apatah lagi saya yang baru, masih setahun jagung dalam bidang pengacaraan.

“Saya faham sebagai anak seni, memang perlu berdepan dengan kritikan. Apapun, saya tetap bangga dapat peluang jadi hos GV.

“Saya minta maaf kepada peminat GV. Ada yang kata saya rosakkan program dan anggap saya hos paling teruk. Saya reda dan terima.

“Pengajaran untuk saya, namun saya tetap akan terus belajar. Saya hanya melakukan kerja untuk mencari nafkah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya