Tak boleh komen lebih, saya bukan lagi isteri dia - Ellie Suriaty - Utusan Malaysia

Tak boleh komen lebih, saya bukan lagi isteri dia – Ellie Suriaty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah berkaliber, Ellie Suriaty bertekad meneruskan kehidupan dengan lebih positif, biarpun ada kala terkenang semula perjalanan 19 tahun perkahwinannya dengan bekas suami, Azri Iskandar.

Kongsi Ellie, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa atas kegagalan rumah tangganya dan terus positif dengan percaturan Tuhan, biarpun dia sendiri yang memohon perceraian itu.

“Kalau ikutkan, seminggu lagi saya sudah habis 100 hari tempoh edah. Walaupun saya yang memfailkan permohonan cerai itu, tentulah selepas fasa itu kita ada macam-macam perasaan. Selama 19 tahun kami bersama melayari bahtera rumah tangga.

“Saya melalui tempoh flashback. We had a good marriage. Saya tak mahu menyalahkan dia. Kita hanya manusia biasa. Anak-anak juga sangat rapat. Saya kena jadi sangat positif, dalaman dan luaran,” katanya.

Ellie berkata demikian usai pelancaran rancangan baharu TV3, Fit For Action iaitu sebuah program realiti pencarian bakat baharu dalam bidang seni lakonan.

Selain Ellie yang memikul tugas tenaga pengajar, dua pengarah tersohor, Heykal Hanifah dan Aziz M. Osman turut sama dalam mencungkil bakat sebenar 12 peserta program yang meletakkan Datuk Yusof Haslam sebagai ketua juri.

Ditanya dari mana datangnya kekuatan dan sifat positif dalam dirinya, Ellie berkata, dia sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang memberinya kesempatan menjalani kehidupan berkasih sayang dengan bekas suami selama 22 tahun, bermula dari tempoh berkenalan.

“Tiada apa yang kekal dalam hidup kita. Kasih sayang, perkahwinan saya juga tidak kekal. Kami telah mencuba sebaiknya. Semua perkahwinan ada ujiannya. Saya sudah lakukan yang terbaik untuk bahagian saya.

“Kalau nak cakap soal Azri dengan lebih lanjut pun, saya bukan lagi isteri dia. Sekarang saya orang luar. Kalau saya bagi statement, ada yang terasa.

“Anak-anak selalu berkongsi artikel dan mengadu tentang apa yang berkaitan dengan ayah mereka. Mestilah mereka ambil tahu dan periksa, itu ayah mereka,” katanya.

Ellie dan Azri bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya