Saya sangat puas - Kunto Aji gegar DFP - Utusan Malaysia

Saya sangat puas – Kunto Aji gegar DFP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Kunto Aji, 35, menyuarakan kegembiraannya dengan sambutan peminat terhadap konsert sulungnya yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam tadi.

Katanya, dia amat terharu dengan sokongan diberikan penonton yang sanggup meluangkan masa menyaksikan konsert perdananya di negara ini.

“Sebenarnya, saya kurang yakin ada atau tidak penonton yang mahu membeli tiket untuk menonton persembahan saya.

“Alhamdulillah, ternyata konsert malam ini ‘sold out’. Saya rasa sangat puas dan terharu dengan sambutan peminat di sini,” katanya ketika ditemui usai konsert tersebut.

Kunto, yang merupakan bekas peserta Indonesian Idol 2008, menggegarkan pentas DFP dengan persembahan penuh bertenaga selama lebih dua jam setengah.

Penyanyi kelahiran Yogyakarta itu menyampaikan lebih 15 lagu diiringi lima pemuzik yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Berkongsi lanjut, penerima trofi Artis Solo Lelaki Alternatif Terbaik, Anugerah Muzik Indonesia 2019 itu turut berharap dapat kembali ke Malaysia membuat persembahan pada masa akan datang.

“Banyak perkara yang berlaku tahun ini. Akhirnya, malam ini ada sesuatu yang dapat saya raikan bersama peminat di sini.

“Saya berharap dapat kembali untuk konsert dengan persiapan yang lebih mantap,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya