Pernah terfikir ada anak cuma menyusahkan - Raja Ilya - Utusan Malaysia

Pernah terfikir ada anak cuma menyusahkan – Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Raja Ilya, 37, tidak menolak, pernah terlintas di fikirannya sebelum ini bahawa memiliki anak mungkin cuma akan menyusahkan dirinya selain mengganggu rutin harian.

Bagaimanapun, kata Ilya, itu adalah bagaimana cara dia berfikir sewaktu sedang galak menikmati waktu bujang dan belum berkeluarga.

“Bila bujang selalu fikir ada anak ini menyusahkan, susahkan hidup sendiri, susahkan badan nak mengandung, nak kena jaga bentuk badan.

“Nanti anak buat hal bikin sakit kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal dan kacau tidur dan lain-lain.

“Tapi bila sudah ada anak baru rasa semua itu salah, betapa cerianya mereka walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah, tapi satu hal apabila sudah ada anak, semua rasa macam saya okey, baik-baik saja,”katanya.

Ilya berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Dalam pada itu, Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad turut berkongsi keletah puteri sulungnya, Talita Love yang kini sedang dalam fasa kuat menangis.

“Sekarang dia tengah melalui fasa ‘purple crying’ dan kepada ibu-ibu, tahulah kamu bagaimana perasaan itu kan. Tapi saya tetap rasa tidak mengapalah, saya baik-baik saja.

“Dia seorang bayi yang sangat ceria dan saya bersyukur sangat melahirkannya. Terima kasih Talita Love kerana hadir dalam hidup kami dan menambah keceriaan serta gelak tawa. Kami sayang awak,”katanya.

Pada 1 Julai lalu, pelakon filem KL Vampire selamat melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.

Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth. Aktres jelita ini sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya