Noh Salleh, Mizz Nina sahkan sudah bercerai - Utusan Malaysia

Noh Salleh, Mizz Nina sahkan sudah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, menamatkan teka-teki berhubung keretakan rumah tangganya apabila mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Mizz Nina.

Perkara tersebut dikongsikan Noh menerusi satu hantaran bersama Mizz Nina di Instagram, masing-masing pada jam 9.15 malam tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Noh menjelaskan, mereka berdua sepakat membuat keputusan untuk berpisah dengan cara yang baik.

“Bismillahirrahmanirrahim, saya dan Nina ada pengumuman penting untuk dibuat. Selepas berfikir dan mempertimbangkan banyak perkara, kami berdua sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan 11 tahun terindah untuk hidup bersama mengharungi segala suka dan duka. Kami juga berterima kasih kepada semua penyokong yang telah memberikan kasih sayang buat kami sepanjang bersama.

“Jangan risau, kami masih berkawan dan tetap mendoakan yang terbaik buat diri masing-masing,” katanya.

Selain itu, tambah Noh lagi, dia tidak menolak qada dan qadar dan mengakui bahawa perancangan Allah itu lebih besar.

“Kita hanya merancang tetapi perancangan Allah itu lebih besar. Tolong doakan kami banyak-banyak, terutama dalam mengharungi tempoh edah ini. Kami sangat menghargai jika semua pihak dapat menghormati ruang privasi kami.

“Sebagaimana yang disebut dalam surah Al Hujurat ayat 12, usah melakukan spekulasi atau menyebarkan tuduhan tidak berasas tentang kami bagi menghindari fitnah. Doa kalian adalah apa yang kami amat perlukan pada waktu ini,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus bahawa pasangan selebriti ini sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Menerusi laporan beberapa media tempatan, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya