KUALA LUMPUR : Pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek terkilan dengan selebriti berstatus Datuk yang didakwanya cuba mengambil kesempatan untuk meraih populariti pada slot memperkenalkan rekaan terbarunya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022, esok.
Dakwa Syafek, selebriti terbabit yang banyak mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan, turut meminta bayaran sagu hati untuk menghadiri acara berkenaan, selain mahu menjadi muse pada saat akhir.
“Saya tidak akan benarkan pertunjukan fesyen saya dijadikan platform untuk awak jumpa media. Bila awak tiba-tiba mahu jadi ‘muse’ pada saat akhir dan minta token (sagu hati), saya rasa sangat mual dan nak muntah.
“Dua bulan lepas, saya pernah hubungi awak untuk jadi rakan jenama saya dan tawar awak jadi ‘muse’ kalau setuju.
“Mula-mula awak balas dengan semangat, tapi bila saya hantar ‘proposal’ (kertas kerja) awak terus ‘bluetick’ (tidak membalas),” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Shafek berkata, dia tidak akan membiarkan individu itu merosakkan pertunjukan fesyen yang sudah dirancang sejak tiga bulan lalu.
“Maaf, saya sudah bersungguh-sungguh selama dua tiga bulan untuk buat koleksi dan pertunjukan fesyen terbaik. Saya percaya, awak akan hancurkan acara saya nanti menjadi persembahan awak. Sumpah,” katanya.
Selain itu, menurut Syafek, pada awalnya, dia terfikir untuk memilih dan mengangkat wajah dan jenama Melayu, namun hampa kerana tidak mendapat kepercayaan ramai.
“Saya fikir nak angkat jenama bangsa kita, tetapi mereka tidak pernah percaya dengan kebolehan sesama bangsa.
“Tetapi, dia ini seorang yang opportunist. Lebih kepada penjenamaan diri. Jadi, ‘no way’!” katanya.