Gelaran Datuk? Maaflah tiada niat nak kenakan orang - Didie Alias - Utusan Malaysia

Gelaran Datuk? Maaflah tiada niat nak kenakan orang – Didie Alias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara versatil, Didie Alias, 50, tidak menyangka perkongsian sekeping gambar bersama kapsyen bertulis ‘Alhamdulillah’ di Instagram menyebabkan ramai keliru serta menyangka dia dikurniakan pingat kebesaran.

Didie berkata, dia tidak berniat untuk menipu atau mengenakan sesiapa menerusi perkongsian itu, malah terkejut apabila ramai yang memberikan ucapan tahniah.

“Tak sangka juga rakyat Malaysia begitu prihatin dengan Didie Alias sampaikan ramai yang melayangkan ucapan tahniah apabila melihat gambar yang dikongsikan di Instagram itu.

“Tapi, mana ada orang terima pingat kebesaran pakai mahkota? Luculah! Apa pun, terima kasih atas ucapan yang diberikan. Saya tak berniat apa-apa pun, apatah lagi untuk mengenakan orang.

“Namun, mana tahu bukan, suatu hari nanti tiba-tiba betul dapat pingat kebesaran dan gelaran Datuk? Eh tapi layakkah?” selorohnya.

Didie berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia bagi menjelaskan salah faham yang berlaku apabila dirinya disangka dikurniakan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Jelas Didie, gambar yang dikongsi itu sebenarnya adalah watak yang digalasnya semasa menjayakan drama terbaharu terbitan produksi Radius One Sdn. Bhd. yang berjudul Cina Buta.

“Drama 14 episod itu bakal ditayangkan pada November ini. Selain saya, antara pelakon lain yang terlibat ialah Nad Zainal, Aliff Aziz, Ungku Ismail dan Azhan Rani.

“Maafkanlah saya, tak ada niat nak kenakan orang. Itu lakonan sahaja. Tapi, terima kasih kepada mereka yang mendoakan. Semoga mereka juga dikurniakan perkara baik-baik dalam kehidupan masing-masing.

“Maaf juga buat rakan-rakan artis lain yang keliru, termasuklah Roy Azman yang ‘terkena’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya