Walau rezeki naik turun, isteri tetap sokong Syafiq Yusof mengarah - Utusan Malaysia

Walau rezeki naik turun, isteri tetap sokong Syafiq Yusof mengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri pengarah muda berbakat besar Syafiq Yusof, Aeisah Zainal, meletakkan kepercayaan penuh buat suaminya dalam urusan kerjaya meski sedar dunia seni dan perfileman tidak selalunya punya jaminan.

Pun begitu, sebagai isteri, dia tetap menyokong kerjaya Syafiq dan positif dengan ilmu kemahiran suaminya itu dalam bidang pengarahan.

“Masyallah. Rezeki ada naik dan turun, yang penting cinta kita sentiasa naik mekar mewangi hingga ke Jannah Firdaus A’la.

“Alhamdulillah, Insya-Allah, September ini filem Abang Long Fadhil 3 akan ditayangkan dan saya akan sentiasa mendoakan awak dan menjadi tulang belakang awak.

“Akan sentiasa menyokong apa jua perjuangan awak di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Filem Abang Long Fadhil arahan Syafiq Yusof bakal ditayangkan di skrin pawagam seluruh Malaysia pada September depan.

Perkongsian Aeisah itu mendapat reaksi pengikutnya di ruangan komen yang turut mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan ini.

Untuk rekod, Syafiq dan Aeisah diijab kabulkan pada tanggal April 2014 dan kin dikurniakan dua cahaya mata.

Selain itu, menerusi ruangan komen, kalangan netizen juga menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk menonton filem Abang Long Fadhil 3 yang sebelum ini meraih perhatian dan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton menerusi filem pertama dan keduanya.

Berkesinambungan dengan filem terdahulu, Abang Long Fadhil 3 bakal mengisahkan tentang kehidupan Fadhil yang dahulunya merupakan bekas gangster yang menerima tawaran daripada MSS (Malaysian Secret Service) untuk menjadi perisik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya