Walau demam, Awie dan Wings tetap gegarkan DFP - Utusan Malaysia

Walau demam, Awie dan Wings tetap gegarkan DFP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Demam dan kurang sihat bukan menjadi alasan untuk Datuk Awie terus memberi persembahan terbaik pada konsert Fabulous Friday Wings yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi.

Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman,54, dia sanggup mengenepikan soal kesihatan dirinya yang kurang baik pada sejak semalam demi melunaskan komitmennya bersama Wings untuk persembahan dua malam ini.

“Sebenarnya, saya ini kurang sihat. Tiba-tiba semalam mengalami demam dan semalam pun dah pergi ke hospital. Tapi disebabkan sudah berjanji nak ‘dating’ dengan anda semua untuk konsert ini, saya gagahkan juga.

“Terasa kecewa juga sebab saya dah buat latihan siang dan malam selama sebulan lebih ini demi penonton dan peminat. Tapi tiba-tiba demam pula pada hari sepatutnya beraksi di pentas.

“Saya pun terpaksa cucuk dos penggalak semalam untuk pastikan saya dapat beraksi sehabis baik pada konsert ini,”katanya.

Awie berkata demikian ketika berkongsi kata-kata ucapan di pentas DFP malam tadi.

Selain itu, kata Awie, dia tidak mahu berasa terkilan jika tidak dapat menyempurnakan penganjuran konsert ini.

“Saya pun terharu dan mengalirkan air mata bila melihat sambutan peminat dan penonton pada dua malam ini dan terasa sedih jika dianggap gagal memberikan persembahan dengan baik.

“Tiket pun dah terjual, jadi saya tak boleh ponteng. Nanti kena rotan. Terimalah seadanya daripada kami.

“Tetapi maaf juga sebab saya gagal bawakan lagu Gema Di Inderaloka. Saya mengaku. Saya sudah berlatih kuat-kuat,akhirnya lemah di atas pentas. Kacau!”luah Awie.

Dalam pada itu, sepanjang satu jam setengah melakukan persembahan, Awie dan Wings dilihat tetap memberikan yang terbaik menerusi seleksi lagu bikin pecah telinga yang dipersembahkan.

Membuka tirai dengan lagu berjudul Satelit Puaka, Wings memaku penonton dengan lagu Kuburkan Aku dan Lubuk Pusing.

Seisi dewan juga turut bersorak besar apabila lagu berjudul Mabuk 7 Lautan, Aku Pun Tahu dan Hukum Karma dimainkan.

Wings juga tidak menghampakan peminat dengan persembahan bertenaga mereka menerusi lagu Jerangkung Dalam Almari, Jumpa Hilang, Sekeping Kertas Bermaruah,Gemuruh dan Dalam Kehadiran Sofea.

Segmen terakhir juga membuatkan penonton mula bangkit berdiri apabila Awie terus menghangatkan suasana menerusi lagu Opera Hidup, Ingatkan Aku, Rock And Roll Lu Punya Suka, Peronda Jaket Biru termasuk bonus, Harapan.

Untuk info, Wings menjadi artis pertama pilihan Shiraz Projects Sdn Bhd untuk membuka tirai persembahan Fabulous Friday setiap bulan, mulai 15 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya