Tya Ariffin bakal pulang ke Indonesia demi perniagaan - Utusan Malaysia

Tya Ariffin bakal pulang ke Indonesia demi perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : “Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadangla ada perkara kita perlu berkorban. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar,”

Demikian kata penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan Tya Ariffin yang bakal pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bagi mengembangkan lagi perniagaan diusahakan di sana.

Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, keputusan dibuat bukan saja untuk masa depan perniagaan tapi juga mahu membantu membina kehidupan masyarakat di sana.

“Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. Ini lah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.

“Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya.

“Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. Diharap dengan adanya peluang yang bakal dibawa oleh Mutyara memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak,” katanya.

Menurut Tya juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, perjalanannya sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cabaran tersendiri.

“Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara ini di sini, diakui proses dan laluan tidak mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh. Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT.

“Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh. Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti,” katanya.

Untuk rekod, produk berkonsepkan jamu dan tradisional yang menggunakan resepi turun temurun keluarga Tya dari Indonesia itu turut dipasarkan di Singapura, Brunei dan Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya