Tak masuk campur, tapi sebelahi Sarah sebagai isteri dan ibu teraniaya - Nad Zainal - Utusan Malaysia

Tak masuk campur, tapi sebelahi Sarah sebagai isteri dan ibu teraniaya – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nad Zainal, menjelaskan, dia tidak masuk campur dengan kontroversi tiga penjuru yang melanda rakan artis, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kerana menganggap itu adalah urusan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, kata Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, sebagai seorang wanita dan juga ibu kepada anak-anak, dirinya sangat memahami serta terkesan dengan apa yang sedang menimpa Sarah.

“Ketika itu saya sedang live di IG sementara tunggu jurulatih gym saya sampai, kemudian Sarah request untuk masuk ke dalam live saya dan kami berborak biasa.

“Pada saya, Sarah mempunyai hak untuk bersuara, cumanya saya tidak boleh untuk masuk campur kerana saya sendiri tidak mengenali mereka bertiga (Syamsul, Sarah dan Ira Kaza) secara peribadinya.

“Walau bagaimanapun, saya tetap menyebelahi Puteri Sarah kerana dia seorang ibu yang teranaiya dan saya memberi sokongan seratus peratus untuk dia.

“Saya sendiri pernah berjumpa dengan Sarah hanya untuk tiga kali sahaja, tetapi saya sangat kasihan denga napa yang menimpa dia,” katanya.

Nad ditemui ketika di majlis tontonan episode kemuncak drama Dendam Seorang Isteri yang bertempat di Panggung Asia, Jalan Gombak semalam.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, sebagai seorang wanita seharusnya mempersiapkan diri mereka untuk sebarang kemungkinan yang akan mendatang.

“Pada pandangan saya, sebenarnya sebagai seorang wanita, kita harus berfikir tentang masa depan kehidupan kita.

“Seandainya lelaki tersebut boleh meninggalkan kita sebagai isteri, tidak mustahil untuk dia melakukan perkara sama pada wanita lain.

“Kadangkala kita perlu berfikir, meskipun lelaki itu berkata buruk fasal kita kepada orang lain, perkara tersebut belum pasti betul sepenuhnya.

“Dan jika seandainya betul sekalipun, sebagai lelaki bertanggungjawab membimbing isteri dia untuk sama-sama berubah ke arah jalan yang lebih baik di dalam hidup berumah tangga.

“Kalau lelaki itu sudah teringin sangat untuk berkahwin lagi, boleh sahaja awak meminta izin secara baik dan bukan dengan cara begini.

“Tetapi perlu diingatkan, bila berani mengambil risiko perlu berani juga untuk menghadapi ujian-ujian lainya,” katanya.

Terdahulu, nama Puteri Sarah menjadi perbualan ramai pihak selepas mendedahkan identiti wanita yang dianggapnya penghancur hubungan rumah tangga yang dibinanya bersama pengarah hebat, Syamsul Yusof.

Pada 30 Jun yang lalu, Sarah hadir ke Mahkamah untuk mengambil tindakan ke atas indvidu berkenaan selepas hampir empat tahun bertahan mendiam diri dan kes siasatan masih berjalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya