Rumah tangga bergolak? Tiada komen, anda semua kena tipu -Noh Salleh. - Utusan Malaysia

Rumah tangga bergolak? Tiada komen, anda semua kena tipu -Noh Salleh.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, tampil menafikan khabar angin mengenai dakwaan rumah tangganya kini sedang bergolak.

Menurut Noh, dia sendiri tidak mengetahui tentang khabar angin tereebut sehinggalah dimaklumkan oleh pihak pengurusannya sebelum sidang media konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC pada Rabu.

“Entahlah, tiada komen.. Anda semua kena tipu. Good luck. Saya pun baru tahu mengenai hal tersebut pagi tadi. Itu pun sebab pegawai perhubungan awam (PR) majlis ini yang beritahu.

“Saya sendiri pelik macam mana hal ini boleh berlaku. Itu semua berita palsu,” katanya.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu popular Angin Kencang itu turut memaklumkan dia sebenarnya lebih selesa untuk tidak terbuka mengenai kisah peribadinya kepada umum.

“Kalau perkara ini ada di media sosial, saya pasti tahu, tetapi tiada. Apa yang berlaku dalam hal peribadi, itu adalah urusan saya.

“Saya di dalam industri ini hanya memperjuangkan karya dan seni saya. Bukan hal peribadi saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, desas desus rumah tangganya dikatakan sedang bergelora apabila ada beberapa ruangan forum melaporkan pasangan itu kini dilihat jarang bersama selain isterinya yang juga penyanyi Mizz Nina dikatakan bercuti tanpa kehadiran suami di sisi.

Sekadar informasi, Noh dan Mizz Nina telah mendirikan rumah tanga mereka pada tanggal 2 Julai 2011.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak angkat yang bernama Musa yang kini baru berusia tujuh bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya