Politik yang stabil tak menjanjikan apa-apa untuk industri seni - Khir Rahman - Utusan Malaysia

Politik yang stabil tak menjanjikan apa-apa untuk industri seni – Khir Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan pelakon, Khir Rahman, 49, lantang berpendapat, politik yang stabil tidak menjanjikan apa-apa atau sebarang perubahan terhadap industri seni hiburan tanah air.

Perkara itu diluahkan oleh Khir dalam ciapannya di Twitter sambil menyentuh isu peratusan kutipan panggung wayang yang sedang hangat diperdebat anak seni pada waktu ini.

Menurut Khir, perjuangan untuk menuntut hak atau melakukan perubahan buat anak seni seakan terbantut setiap kalinya terutama apabila pucuk pimpinan bertukar setiap lima tahun sekali.

“Apabila individu yang bertanggungjawab, yang kita berpaut, bertukar setiap lima tahun, maka apa saja dasar dan perjuangan, kembali ke garisan permulaan semula. Apatah Lagi perubahan besar melibatkan parti politik dan pucuk.

“Orang seni, artis atau selebriti, pencapaiannya diukur atau dikaburi melalui tahap glamor, populariti atau larisnya satu-satu penghasilan karya atau kandungan di aliran utama dan media sosial. Walhal tiada ‘sistem’ yang betul-betul melindungi mereka.

“Kualiti penghasilan adalah satu lagi hal penting yang lain. Politik yang stabil tidak menjanjikan apa-apa untuk industri ini,”katanya.

Selain itu, Khir menambah, perkara ini juga seakan sudah lama membarah dalam industri menyebabkan masalah atau isu yang dihadapi kekal dalam keadaan itu tanpa perubahan.

“Zaman Tun Mahathir yang didakwa stabil politiknya, sama…tetap sama. Hanya perniagaan yang terlindung, bukan yang menghasilkan karya atau pemain.

“ ‘Domino’ lah perkara ini hingga ke platfor seperti tv, bayaran, royalti dan lain-lain.Ada yang berpendapat bahawa industri seni hiburan tak akan dihormati kerana pemain-pemainnya sendiri tidak menghormati, tiada sistem!

“Jadi,ingin bersama sebagai pemain industri? Silakan ..anda tak perlu bukti pendidikan pun atau sijil pendidikan. ‘Rasa macam’ tahu dan berbakat saja dah memadai,”katanya.

Dalam pada itu, kata Khir, dia yakin bahawa perkara ini mampu sahaja melarat kepada seluruh aspek lain.

“Cukup sampai sini dulu. Apapun, secara peribadi, 50-70% adalah sangat tinggi dan 25% cukai untuk kerajaan juga tidak membantu.

“Berharap untuk perubahan pada masa terdekat? Tidak, jangan. Sekali lagi saya ulang, ini cerita berkurun lama,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya