JAKARTA : Penyangi legenda, Bob Tutupoly, 82, meninggal dunia di Rumah Sakit Mayapada, Jakarta Selatan, hari ini.
Berita duka itu ytelah disahkan oleh anaknya, Erick kepada media tempatan.
“Ya benar,” katanya ringkas.
Sementara itu, isteri kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Widuri itu, iaitu Rosmayuti Nasution turut berkongsi mengenai perkhabaran duka tersebut.
“Damailah suami, papa, opa, oom kami tercinta,” ujarnya.
Menjengah di laman Twitter, majoriti peminat lama dan baharu penyanyi legenda itu terkejut dengan perkhabar tersebut dan masing-masing memanjatkan doa buat Bob.
Sebagai informasi, anak jati kelahiran Surabaya itu pernah dianugerahkan sebagai pemenang pertama dalam Festival Lagu Popular 1980 di Jepun.
Antara lagu-lagu popularnya seperti Lidah Tidak Bertulang, Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji.
Selain itu Bob juga pernah membintangi beberapa filem seperti Penasaran (1977), dan Sebelah Mata (2008).