Jihad Anak Seni agih bantuan Aidiladha buat kru terjejas - Utusan Malaysia

Jihad Anak Seni agih bantuan Aidiladha buat kru terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 150 kru dan penggiat seni belakang tabir menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Menurut Presiden gerakan amal, Jihad Anak Semi (JAS), Olan Lam, sumbangan tersebut turut melibatkan rakan-rakan artis veteran, mereka yang uzur dan penduduk setempat yang terjejas dan memerlukan di kawasan Kuang A, AU3, Keramat.

“Seperti biasa, saban tahun pada sambutan hari raya Aidiladha akan mengagihkan daging korban dan menyerahkan bantuan kepada anak-anak seni termasuk kru belakang tabir yang dikenalpasti terjejas dan memerlukan.

“Tidak cuma itu, agihan juga turut diberikan kepada penduduk setempat di kawasan ini. Sebenarnya, banyak aktiviti kami meliputi kawasan ini dan untuk itu, kami turut agihkan sumbangan bukan hanya kepada penggiat seni tetapi juga penduduk.

“Selain wang tunai, barangan yang diagihkan kepada penerima ialah daging korban,barang-barang dapur termasuk beras, minyak masak, telur, tepung gandum, sardin dan lain-lain,”katanya.

Menurut Olan, pihaknya juga berbesar hati menerima sumbangan berbentuk wang tunai termasuk barangan keperluan daripada rakan-rakan artis yang ingin turut sama melakukan amal jariah.

“Ramai antara mereka yang tahu mengenai gerakan amal ini dan bersama-sama ingin turut serta dengan bermurah hati menyumbangkan wang tunai dan barangan keperluan. Saya bagi pihak JAS sangat bersyukur kerana sambutan juga amat menggalakkan,”katanya.

Dalam pada itu, kata Olan, sejak ditubuhkan pada Jun 2021, gerakan amalnya kini semakin mendapat sambutan daripada mereka yang ingin bersama-sama membantu.

Malah,Olan berkata, sebelum ini mereka juga pernah mendapat kerjasama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) termasuk NGO lain dalam melaksanakan program amal.

“Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami banyak juga terlibat dengan program bantuan amal untuk anak seni. Insya-Allah, selepas ini kami akan terus melaksanakan tugas bagi membantu lebih ramai lagi individu yang memerlukan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya