Jadi mangsa salah faham di jalan raya, Nazrief Nazri mohon hentikan sikap biadap - Utusan Malaysia

Jadi mangsa salah faham di jalan raya, Nazrief Nazri mohon hentikan sikap biadap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nazrief Nazri meluahkan harapan besar agar sikap biadap pengguna di jalan raya dapat dihentikan selain menggesa semua rakyat untuk bersama-sama mencari solusi demi kebaikan bersama.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Nazrief berkongsi pengalaman mengenai satu kejadian di jalan raya yang diharapkan dapat dijadikan sebagai pengajaran buat orang ramai.

“Sepetang yang menggeramkan Niat saya buat kandungan ini supaya kita hentikan sikap biadap atas jalan raya macam ini. Marah macam mana sekali pun cubalah berbincang dengan baik.

“Kita nak ke generasi akan datang jadi tidak beradab dek sikap kita sendiri?,” jelasnya.

Berkongsi lanjut mengenai kejadian yang berlaku pada petang Ahad lalu, kata Nazrief, ketika itu dia dalam perjalanan menuju ke taman permainan sebelum seorang pengguna motorsikal yang tidak berpuas hati dengannya menunjukkan tindakan tidak senonoh terhadapnya.

Kata Nazrief, kemungkinan lelaki tersebut tidak berpuas hati dengannya gara-gara pelakon itu membunyikan hon berulang kali di hentian lampu trafik.

“Saya hon kereta sekali sebagai isyarat suruh dia jalan. Tapi isteri dia boleh buat muka sambil mengomel sebab saya hon.

“Jadi saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih hati-hati sewaktu naik motor dan maaf.

“Agaknya lelaki itu tak puas hati sangat sebab saya hon kali kedua dia kejar kereta saya sambil jerit-jerit dan tunjuk isyarat jari tengah,” katanya lagi.

Enggan melayan amarah lelaki tersebut meski dikejar, sebagai langkah selamat, Nazrief menyuruh isterinya, Aizatul Aqma, mengeluarkan telefon bimbit dan rakam.

“Lelaki itu ketuk cermin kereta saya sambil marah-marah tanda tak puas hati. Memikirkan niat nak bawa anak isteri berjalan di taman, saya rendahkan ego dan minta maaf supaya tak nak keruhkan keadaan.

“Tapi lelaki itu tak puas hati sebab dia nampak isteri tengah rakam dan minta jangan tularkan. Tahu pula takut, ingatkan samseng sangat sampai nak tunjuk jari tengah.

“Tak apalah, mungkin emosi dia tak stabil sebab harga ayam nak naik bulan depan. Dia tertekan agaknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya