Ingatkan sudah insaf, tahniahlah buat si perampas - Fizi Ali

Ingatkan sudah insaf, tahniahlah buat si perampas – Fizi Ali

fizi ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, tiba-tiba memuat naik status sindiran berhubung percintaan dengan suami orang.

Hantaran yang dikongsikan menerusi akaun Insta Story milik Fizi Ali secara tidak langsung mengundang tanda tanya daripada pengikutnya.

Bagaimanapun, Fizi tidak menyatakan secara terus siapakah individu yang dimaksudkan atau kepada siapakah status itu ditujukan.

“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya.

“Ingatkan sudah insaf. Sambung balik, tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas,” coretnya ringkas.

Terdahulu, Fizi pernah melepaskan rasa kesal dan amarahnya terhadap bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri.

Sebagai informasi, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan bercerai tiga tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya