Ganding nama besar, Amin Haridz teruja tunggu tayangan Rock Sampai Jannah  - Utusan Malaysia

Ganding nama besar, Amin Haridz teruja tunggu tayangan Rock Sampai Jannah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon baharu, Amin Haridz, 27, mengaku teruja untuk melihat sambutan dan respons penonton menerusi naskhah lakonannya, Rock Sampai Jannah yang bakal ditayangkan pada Selasa, pada jam 9 malam di saluran TV2.

Kata pelakon ini, meski pun sangat baru dalam industri seni, Amin menganggap setiap maklum balas positif daripada peminat dan orang terdekat sebagai satu penguat semangat untuknya terus melakukan yang terbaik dalam bidang ini.

“Memang lain perasaan apabila mendapat maklum balas positif daripada peminat yang menonton. Ada yang suka dan ada juga yang memberikan maklum balas sebaliknya.

“Tapi saya terima sahaja maklum balas mereka sama ada baik atau tidak. Itu dijadikan petanda yang mereka menonton dan menghargai karya lakonan saya,” katanya.

Sejak berkecimpung dalam bidang lakonan, Amin sudah terlibat dalam beberapa buah naskhah drama termasuklah Hari Hari Hari Raya, Syurga Nur Muhammad, Cikgu Nerd dan Rentap.

Selain itu, dia gembira dapat bergandingan bersama dengan Afiq Shazwan, Sharul Kamal dan Ayie Ilham dalam naskhah Rock Sampai Jannah yang bakal menarik perhatian penonton.

“Memang ini merupakan antara telefilem yang ditunggu-tunggu oleh kami kerana jalan cerita yang begitu santai dan mencuit hati.

“Kisah santai mengenai empat pemuda yang taasub dengan muzik rock menjadi intipati penting kepada kisah ini. Saya harap semua akan menonton dan memberikan maklum balas.

“Setidaknya itu akan menjadi pelajaran baharu kepada saya untuk terus memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

Rock Sampai Jannah mengisahkan  tentang empat orang pemuda yang terlalu taksub dengan musik genre rock.

Mereka sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membuktikan kepada orang kampung bahawa mereka mampu berjaya dengan apa yang diminati. 

Selain keempat-empat pelakon berkenaan, telefilem ini turut dibintangi oleh Didi Zakil, Rosnah Johari, Lan Siro dan Zuhairi Ibrahim.

Bercerita mengenai pengalaman bergandingan dengan nama-nama besar yang lain, Amin Haridz mengakui gembira dapat menimba ilmu baharu daripada mereka.

“Apabila bergandingan dengan nama besar, mereka banyak membantu untuk mencantikkan lagi mutu lakonan. Sebab itu saya teruja setiap kali masuk ke set.

“Kebanyakan orang berpengalaman tidak lokek memberikan tips dan panduan. Sebagai orang baharu, saya amat menghargai dan berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Selain itu, Amin Haridz juga akan terlibat dalam penggambaran dalam sebuah telefilem berjudul Waris Muhammad untuk RTM dan sebuah drama bersiri 20 episod untuk TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya