KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha berkongsi wajah cahaya mata ketiganya iaitu Aisha Amaira yang dikatakan memiliki iras wajah anak adiknya, Elisya Sandha, Bunga El Haq.
Menerusi hantaran di Instagram milik pelakon itu, Fasha memaklumkan Bunga dan ibunya dalam keadaan sihat walafiat.
“Gambar Aisha masa 18 hari, gambar Bunga belum boleh kongsikan lagi.
“Tapi muka Bunga 90 peratus muka Aisha. Nanti besaq (besar), jalan sama orang kata kembaq (kembar) Aisha.
“Syukur Alhamdulillah baby Bunga membesar dengan baik dan Elisya pun dah sihat banyak,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fasha suka dengan perkongsian tersebut dan dibanjiri dengan komen yang baik-baik.
“Aisha ini muka seperti cina sikit sebab itu sama macam Bunga,” komen pengguna IG.
“Baby muka macam anak bongsu Fasha seorang itu. Patut saja rapat dengan Mak Su dia ya comel,” komen seorang lagi pengguna.
Fasha juga dilihat membalas komen seorang pengguna.
“Elisya cakap masa hamil dia selalu tengok gambar Aisha,” ujarnya.
Untuk rekod, Elisya berkahwin dengan anak sulung penerbit terkenal, Sheila Rusly pada Ogos tahun lalu dan Bunga dilahirkan pada 18 Jun 2022.