Diperli jenama lain, saya pun tak tahu kenapa kecoh - Neelofa - Utusan Malaysia

Diperli jenama lain, saya pun tak tahu kenapa kecoh – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti popular tanah air, Noor Neelofa,33, berasa hairan mengapa wujud pengguna dan orang ramai menjadikan isu dan menghentam pewarna inai jenama keluarannya, Nunha, yang dikatakan seperti kuku lebam terkepit pintu.

Dalam satu penjelasan di Instagram Stories, Neelofa berkata, hal itu tidak wajar dibangkitkan kerana sebagai pengasas jenama inai itu, dia sangat menitikberatkan isu mesra wuduk ketika proses persampelan.

Katanya, produk inainya sama sekali tidak menggunakan pewarna makanan dan hanya bahan semulajadi yang diletakkan.

“Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan.

“Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semulajadi.

“Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat. Namun mungkin kerana inai ini Neelofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu.

Tambah bekas hos program MeleTOP, dia berhati-hati ketika menghasilkan produk kerana enggan menanggung dosa pengguna inai Nunha.

“Nak buat yang tidak sah solat? Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung dosa berjuta orang di luar sana.

“Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas PU Riz menyatakan dia akan menjemput pakar dalam sebuah majlis yang akan diadakan dalam masa terdekat untuk menerangkan secara detail berkenaan isu terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya