Awak nak Aaisyah duduk dalam guakah? Che Ta ‘amuk’ pada netizen - Utusan Malaysia

Awak nak Aaisyah duduk dalam guakah? Che Ta ‘amuk’ pada netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mungkin sudah kerap kali menahan sabar dengan segala tohmahan dan kecaman netizen baik terhadapnya mahupun keluarga, pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta tampil bersuara menyelar netizen.

Menerusi hantaran terbarunya di Instagram hari ini, Che Ta menyuarakan kemarahan mengenai segelintir netizen yang mengecam tindakannya membenarkan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana bersolek dan berdandan cantik di usia masih kecil.

Mempunyai alasan sendiri,kata Che Ta, itu adalah hak dan keputusannya.

“Tolong dengar! Awak tak nak siapkan anak awak itu masalah awak! Anak saya memang suka bersiap! Tak akanlah dia nak melaram kami nak larang? Contoh anak awak suka melukis, tak akan awak nak marah dia melukis?

“Anak saya memang suka pakai akat solek dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia melalak, merajuk. Dah satu kerja saya nak pujuk tak pasal-pasal!,”katanya.

Selain itu, kata pelakon berusia 49 tahun ini, kesukaan dan minat anaknya itu sudah jelas diwarisi daripada dirinya yang sejak dari dahulu memang suka berhias cantik.

“Mak dia ratu Malaysia dulu kot! Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke spagetti tak gitu? Hahahaha ke nasi lah awak oi….Saja je melawak. Kadang-kadang saya pun pening tau.

“Yang komen semua guna akaun palsu. Sekali kami libas guna bulu mata kami yang setebal tujuh petala langit ini baru awak tahu,”katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Che Ta sempat menasihatkan semua pengikut dan warganetnya agar menjaga anak sendiri terlebih dahulu sebelum menegur anak orang lain.

“Kalau tak meletup nanti awak kata kita tak pandai jaga anak. Bila letup sangat pula, awak kata tak kasihankah zaman budak-budak itulah inilah. Macam awak dulu masa kecil-kecil suka mandi sungai. Mak Pak larang pun awak pergi terjun sungai juga bukan? Gitulah anak kami.

“Jagalah anak awak sendiri, sibuk jaga anak orang. Anak sendiri kelaparan. Awak nak @aaisyahdhiaranaofficial ni duduk dalam guakah?”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya