KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ameerais, memaklumkan dirinya positif dijangkiti wabak Covid-19.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Ameerais Mohd Arif Ameerais, 32, bagaimanapun memberitahu tiada gejala kritikal yang dialaminya selain demam kuat.
“Assalamualaikum semua, tumpas jua saya kali pertama kena. Terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan buat saya dan keluarga.
“Alhamdulillah, setakat hari ini saya okey cuma semalam (Jumaat) sahaja demam teruk tetapi hari ini sudah sembuh.
“Insya-Allah saya akan lekas sembuh sepenuhnya. Terima kasih ya,” katanya.
Serentak dengan perkhabaran itu, Ameerais juga berkongsi sekeping gambar hasil kit ujian kendiri dan garisan warna merah jelas kelihatan.
Terdahulu, penyanyi tersebut baru sahaja pulang dari urusan kerja di Bandung dan Jakarta, Indonesia.