Aku beragama Islam dan melaknat orang yang menghina Islam! - Afdlin Shauki - Utusan Malaysia

Aku beragama Islam dan melaknat orang yang menghina Islam! – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Selepas dikecam netizen, pelawak Datuk Afdlin Shauki menegaskan dia melaknat individu yang menghina agama Islam.

Menerusi hantaran di Facebook, Afdlin sekali lagi menegaskan mengenai bangkangannya terhadap penutupan Crackhouse Comedy Club yang disifatkannya telah membabitkan periuk nasi banyak pihak yang tidak bersalah.

“Aku seorang beragama Islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam. Di dunia memang patut disaman dan dipenjarakan, tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.

“Orang yang mengenali saya mengetahui komitmen saya kepada agama Islam, kerja-kerja NGO di Palestin, Syria dan usaha saya untuk sentiasa memberi manfaat kepada orang di sekeliling saya. Yang tak mengenali saya, akan cakap apa saja yang mereka suka. Saya maafkan.

“Kenapa saya menentang penutupan adalah kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi. Semua orang ada kelebihan mereka yang diberi untuk mencari nafkah. Jadi isu dia kita kena dakwa pesalah tu!”katanya.

Tambah pemilik nama Afdlin Shauki Aksan ini lagi, prosedur operasi standard (SOP) yang tegas perlu dijalankan selain tindakan segera diambil kepada pihak yang melanggar undang-undang.

“Penghinaan kepada agama kita memang tak boleh terima! Apa minah tu buat memang haram jadah. Jadi kawalan yang lebih baik harus di lakukan di mana-mana tempat persembahan.

“SOP memang sudah ada tapi kalau orang tak ikut kita kena ambil tindakan segera,”katanya.

Dalam pada itu, pelakon berumur 51 tahun ini menyatakan dia pernah membuka restoran Comedy Planet suatu ketika dulu namun tidak pernah berlaku insiden penghinaan terhadap agama.

“Saya buka pada ‘pelajar-pelajar’ komedi saya supaya diorang boleh ada tempat untuk belajar, menjadi lebih baik dan pada waktu yang sama boleh buat duit sikit.

“Open mike kami lakukan dan di buka untuk orang yang nak mencuba dan di restoran saya tak pernah kami alami apa-apa penghinaan kepada agama pasal SOP yang kami beri pada pelawak.

“Jadi penutupan sementara untuk membantu siasatan polis silakan. Tapi bila saya dengar berita Crackhouse akan ditutup, saya agak terkejut. Kerana ini tempat di mana ramai pelawak ternama di kaca televisyen sekarang mendapat permulaan mereka,”katanya.

Terdahulu,penutupan sementara Kelab Komedi Crackhouse (KKC) susulan provokasi seorang pelawak wanita, Amy yang menanggalkan baju dan hijab ketika membuat stand up comedy (komedi solo) baru-baru ini mendapat bantahan ramai.

Ia juga telah mendapat banyak reaksi kalangan pelawak senior tanah air termasuk Afdlin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya