Ya, saya kahwin semula dengan orang yang sama - Ras Adiba Radzi - Utusan Malaysia

Ya, saya kahwin semula dengan orang yang sama – Ras Adiba Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tular mengenai dirinya dikatakan telah berkahwin semula dengan bekas suami semalam,bekas personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi tidak menafikan perkara tersebut.

Jelas Ras yang berusia 54 tahun, dia menerima ketentuan dan takdir Ilahi yang menemukan semula dirinya dengan suami, seorang ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali sehingga kedua-duanya membuat keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bersama.

“Ya, benar… saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercerai dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pernikahan kami yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur pada 12 tengah hari semalam juga berjalan dengan lancar.

“Kami kenal sejak tahun 86 ketika masih bertugas di stesen TV3,” katanya.

Terdahulu, beberapa foto Ras dan suaminya yang disertakan ucapan tahniah dipercayai di majlis pernikahan mereka tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, Ras memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Tak perlu. Kami bercerai pun kami tak beritahu orang. Ini hal peribadi. Biar sahaja begitu, kerana setiap kita punyai jalan cerita masing-masing.

“Biar kita saling menghormati. Janji semua selamat,” katanya.

Untuk rekod, Ahli Dewan Negara itu pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ras pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya